CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17414|Reply: 0

[Perlis] Pemandu pelancong sambilan dituduh edar kanabis

[Copy link]
Post time 2-1-2024 01:38 PM | Show all posts |Read mode
Pemandu pelancong sambilan dituduh edar kanabis


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my



P Navienthiran dibawa keluar dari Kompleks Mahkamah Kangar diiringi anggota JKDM Perlis. FOTO Aizat Sharif




Kangar: Pemandu pelancong sambilan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mengedar kanabis seberat 3.68 kilogram di Wang Kelian, Disember lalu.

P Navienthiran, 25, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurshahida Abdul Rahim.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didapati mengedar kanabis seberat 3.68 kilogram di Laluan Pejalan Kaki (Import), Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian, Kaki Bukit pada 21 Disember 2023 jam 9.35 pagi.

Oleh itu tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang sabit kesalahan, boleh digantung sampai mati atau dipenjara seumur hidup serta disebat tidak kurang dari 15 kali sebatan.

Pendakwaan dilaksanakan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Perlis, Siti Nurfirziatul Fazliani Mohd Zain manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak memberikan jaminan kepada tertuduh dan menetapkan 6 Mac hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menanti laporan kimia.

Pada 21 Disember lalu, JKDM Perlis berjaya mematahkan cubaan menyeludup dadah jenis ganja yang dibungkus menyerupai belacan seberat 3.68 kg bernilai RM11,408 ke negara ini, selepas menahan seorang lelaki di Wang Kelian, di sini, minggu lalu.

Bungkusan ketulan mampat ganja terbabit ditemui disembunyikan di dalam sebuah bagasi dibawa lelaki berusia 24 tahun itu yang bekerja sebagai pengurus acara yang juga pemandu pelancong sambilan di ICQS Wang Kelian.



Disiarkan pada: Januari 2, 2024 @ 1:23pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.049576 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list