CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11946|Reply: 2

Mokhzani Puji Siti Nurhaliza – ‘Practise Dalam WhatsApp, Tapi Muncul Dengan Live Vokal Meremang’

[Copy link]
Post time 2-1-2024 10:34 AM | Show all posts |Read mode

Pengarah muzik dan komposer, Datuk Mokhzani Ismail memuji kredibiliti yang dimiliki oleh penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Menerusi perkongsian di Instagaram, Mokhzani berkata Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin, 45, berada di kelasnya tersendiri dan keistimewaan yang dimiliki penyanyi itu tiada tolok bandingnya.

Malah, dia turut mengakui Siti penyanyi nombor satu negara.

"Tidak keterlaluan kalau nak sebut Datuk Seri Siti Nurhaliza penyanyi nombor satu Malaysia dan mungkin ada lagi yang ‘in da making’ ke arah itu.

"Cuma dia tiada tolok bandingannya dan berada dalam kelas yang paling tinggi," katanya.

Mokhzani menulis perkara itu, sejurus selepas mereka bersama-sama melakukan persembahan di sebuah acara yang berlangsung di Melaka, baru-baru ini.

Dalam masa sama, pengarah muzik berusia 63 tahun itu memuji persembahan Siti di acara tersebut yang begitu memukau meskipun sesi latihan hanya dilakukan melalui aplikasi WhatsApp.

"Walau kita tak sempat nak practice yang sebenar-sebenar latihan kerana faktor hujan di lokasi , jalan terbaik saya hantar video dan dia respon dalam WhatsApp tapi dia muncul dengan penuh konfiden dengan live vokalnya yang sangat meremang," ujarnya lagi.


Sumber: Oh Bulan




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2024 12:37 PM | Show all posts
semua pengarah muzik memuji tokti yach... tokram, roslan aziz, chaan, mokhzani... even m.nasir pun acknowledge... manakala idolat haterz ponen terpaling eksklusip dan byk job di wedding2 hadooo? terpelanting tidak?
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 04:38 PM | Show all posts
Edited by addamnor at 2-1-2024 04:39 PM

suara mak2 dah skarang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.035669 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list