View: 42429|Reply: 10
|
Dayana Roza, Suami Timang Anak Kedua
[Copy link]
|
|
Pelakon Dayana Roza selamat melahirkan cahaya mata kedua pada pukul 1.56 pagi Sabtu di sebuah pusat perubatan di Ampang, Selangor.
Bayi lelaki seberat 3.2 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan.
Kata Dayana atau Nur Dayana Kamsun Baharin, 32, dia terpaksa menjalani pembedahan selepas mengalami kontraksi pada petang Jumaat.
"Sepatutnya saya dijangka bersalin pada 17 Januari 2024, tetapi saya sudah mula sakit sejak semalam (Jumaat) dan terus masuk hospital.
"Saya juga perlu jalani pembedahan kecemasan sebab bukaan tidak luas dan doktor periksa keadaan jantung bayi lemah.
"Syukur semuanya berjalan lancar dan bayi dalam keadaan baik. Sekarang ini masih rasa sakit selepas pembedahan," katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.
Tambah pelakon ini dia juga tidak merancang menjalani pembedahan kerana anak sulungnya dilahirkan secara normal.
Sementara itu pelakon ini juga memberitahu dia merancang tidak mahu kembali hamil dalam masa terdekat disebabkan masih trauma menjalani pembedahan.
"Mujurlah persiapan semua sudah dilakukan. Jadi walau bersalin dua minggu awal semuanya sudah tersedia. Tak sangka pula baby yang ini tidak sabar nak keluar awal.
"Saya pernah cakap nak 'tutup kilang' tetapi suami tidak setuju. Namun selepas melihat sakit yang saya alami, dia tiada masalah untuk kami gunakan alat kawalan kehamilan.
"Mungkin dalam tempoh terdekat tidak merancang untuk hamil lagi," jelasnya.
Dayana juga memilih nama buat anak lelakinya itu dan akan mendedahkan selepas mendapat persetujuan suami serta keluarga.
Untuk rekod Dayana mendirikan rumah tangga dengan A'dale Adham Ayahudin pada 25 Disember 2020 dan mereka juga memiliki seorang anak perempuan iaitu Astrid Raheeya, 2 tahun.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah!!!.
This boy akan muda selamanya; tarokh lahlr dia last day of the year 2023; 31 December.
Welcome to the world!!!. |
|
|
|
|
|
|
|
Lily_Elizabeth_ replied at 31-12-2023 08:49 PM
Tahniah!!!.
This boy akan muda selamanya; tarokh lahlr dia last day of the year 2023; 31 December.
Anak dia lahir hari sabtu so 30 december |
|
|
|
|
|
|
|
asben dia ni la yg katanya nenek ke mak heols berkenan kat dayana sbb putih kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah. Ada 2 anaknya. Bila sheols kawin pun kaka tak perasan |
|
|
|
|
|
|
|
Missjass replied at 31-12-2023 11:46 PM
Anak dia lahir hari sabtu so 30 december
Ohh maaf. 30Dec2023 rupanya; tarikh lahir Dec akan buatkan semua orang muda selamanya.
Happy New Year 2024 you. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah. Ramai yg timang dan bakal timang anak ke2. |
|
|
|
|
|
|
|
bawaku_terbang replied at 31-12-2023 11:28 PM
eh laki dia bukan mat saleh ke
Rider GP (Jorge Lorenzo) tu kawan dia aje maaa
Tu kan geng geng moto
|
|
|
|
|
|
|
|
i tgk live dia dua hari lps ckp skt czer..dia lg prefer beranak normal..i dgr seram pulekk |
|
|
|
|
|
|
| |
|