CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14635|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] ‘Mereka besar kepala, selamba mabuk, kacau perempuan’

[Copy link]
Post time 31-12-2023 10:01 AM | Show all posts |Read mode

SEBAHAGIAN warga asing yang ditahan dalam operasi besar-besaran Jabatan Imigresen di Apartmen Abdullah Hukum, Kuala Lumpur semalam. SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur ke atas Apartmen Abdullah Hukum di sini, awal pagi semalam, berjaya membongkar kebanjiran warga asing yang telah bermastautin di penempatan itu sejak tujuh tahun lalu.

Bukan hanya menganggu kehidupan harian warga tempatan, kehadiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) itu turut mencetuskan pelbagai masalah sosial termasuklah aktiviti perjudian secara terbuka, jenayah kekerasan, mabuk dan parti bebas.

Difahamkan, Apartmen Abdullah Hukum yang mempunyai 14 tingkat kediaman itu menjadi lokasi warga asing berkumpul dan menyewa kerana berhampiran dengan pusat beli-belah terkemuka yang menjadi lokasi kebanyakan mereka bekerja.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Syamsul Badrin Mohshin berkata, kira-kira 1,000 warga asing diperiksa dan 567 daripadanya berusia setahun hingga 54 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen.

Katanya, operasi yang dijalankan 85 anggota dan pegawai lain-lain pangkat itu hasil risikan selama satu minggu dan aduan penduduk setempat tentang kebanjiran warga asing.

“Mereka yang ditahan membabitkan warga Bangladesh, Myan­mar, Nepal, Indonesia, India dan Filipina.


SYAMSUL (berdiri, kanan) memantau warga asing yang ditahan dalam operasi semalam.

“Antara kesalahan dikesan dilakukan PATI dalam operasi ini adalah tiada dokumen pengenalan diri, salah guna pas lawatan sosial dan tinggal lebih masa,” kata beliau ketika sidang akhbar di lokasi serbuan.

Dalam pada itu, penduduk setempat mengakui ramai warga asing yang bersikap besar kepala sehingga tidak segan silu me­lakukan aktiviti seperti berjudi dan minum arak di kaki lima secara terbuka.

Pengerusi Persatuan Penduduk Apartmen Abdullah Hukum, Mohd. Rosdin Mahmad Noor, 61, berkata, kebanjiran warga asing di kediaman 14 tingkat itu sebenarnya mula dikesan sejak 7 tahun lalu.

Katanya, sifat ‘besar kepala’ mereka semakin menjadi-jadi apabila berjudi secara terbuka di kaki lima bangunan, mabuk, menganggu wanita dan me­ngadakan parti lewat malam.

“Situasi ini menimbulkan pelbagai perasaan kurang se­nang dalam kalangan penduduk. Warga asing di sini semakin naik kepala sampai kita nak tegur jadi takut bahkan ada yang melawan kami balik.

“Saya sudah menetap di sini sejak 20 tahun lalu dan kalau dibiar­kan isu ini, kami akan sengsara,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd. Rosdin mendakwa, terdapat penyewa terdiri daripada warga tempatan yang mengaut untung ribuan ringgit hasil sewaan yang tidak masuk akal terhadap warga asing.

“Ramai pemilik rumah tidak tinggal di sini dan sebab itu mereka tidak risau.



PEGAWAI imigresen menjalankan pemeriksaan dokumentasi warga asing yang ditahan di Apartmen Abdullah Hukum, Kuala Lumpur semalam.


“Sewa mereka boleh sampai RM2,000 sebulan, belum kira ada bilik yang ditambah din­ding dan jumlah bayaran sewa ikut kepala (individu),” dakwanya.

Seorang lagi penduduk, Muhammad Hairie Harun, 25, mendakwa, kediaman tersebut menjadi pilihan warga asing kerana berdekatan dengan pusat beli-belah terkemuka dan beberapa lokasi yang memerlukan khidmat pekerja warga asing.

Hairie berkata, dia juga menjadi kurang senang apabila terdapat kediaman yang disewa me­nempatkan hampir 10 orang warga asing.

“Saya ada adik-beradik pe­rempuan, jadi mahu biarkan mereka keluar rumah rasa tidak senang hati sebab mereka (warga asing) suka mabuk di kawasan tangga dan melepak berdekatan kawasan lif,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... uk-kacau-perempuan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.887023 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list