View: 51599|Reply: 114
|
[Tempatan]
PADU:Jika tidak kemas kini (data) tiada masalah, tetapi kalau anda tidak dapat (subsidi) jangan marahlah-Rafizi.Anda dah daftar?
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 30-12-2023 02:06 PM
Pada 2 Januari nanti, Pangkalan Data Utama (PADU) akan dilancarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan akses dibuka kepada orang ramai mulai tarikh itu untuk kemas kini sehingga 31 Mac 2024.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata tiada tindakan akan dikenakan kepada mereka yang tidak mengemas kini maklumat, petik Buletin TV3.
Bagaiamanapun mereka terbabit berisiko untuk tercicir daripada menerima subsidi bersasar yang akan menggunakan data dikemas kini dalam PADU kelak.
Menurutnya, risiko keciciran boleh berlaku memandangkan kerajaan hanya menggunakan maklumat sedia ada dan maklumat yang dikemas kini dalam PADU untuk menentukan profil isi rumah dan kelayakan bagi mereka yang layak untuk mendapatkan subsidi bersasar atau sebaliknya.
“Mengikut mandatnya (PADU) adalah menyediakan profil isi rumah paling tepat bagi penyasaran semula subsidi.
Jika tidak kemas kini (data) tiada masalah, tetapi kalau anda tidak dapat (subsidi) jangan marahlah,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Difahamkan, orang ramai akan boleh mula mengemas kini data masing-masing dalam tempoh itu di lokasi tertentu.
Beliau berkata, PADU adalah komponen utama kepada rancangan besar penstrukturan ekonomi kerajaan dan ia adalah pangkalan data utama yang akan mempunyai profil setiap individu dan isi rumah yang akan menjadi rujukan dalam penentuan penyasaran semula subsidi atau bantuan lain pada masa depan.
Data dalam PADU yang dikendalikan oleh Jabatan Perangkaan Negara merangkumi hampir 300 jenis data di bawah Kerajaan Persekutuan.
Pada masa sama, katanya, data di bawah kerajaan negeri dan kerajaan tempatan akan dimasukkan beransur-ansur.
Mengenai pengurusan data dalam PADU, Rafizi berkata walaupun semua agensi menyumbang data, bukan semua agensi boleh ambil semua data untuk kegunaan sendiri.
“Pemilikan data masih dikawal oleh akta jabatan atau agensi kerajaan masing-masing. Bagaimana untuk berkongsi data antara agensi akan ditentukan kerajaan mengikut matlamat penggunaan. Kes penggunaan pertama hanyalah penyasaran subsidi.
“Justeru, tidak ada persoalan mengenai data ini dikongsikan dengan mana-mana pihak kerana ia bertentangan dengan undang-undang,” katanya.
Sementara itu, Rafizi juga menyatakan sistem PADU tidak diintegrasikan dengan maklumat institusi kewangan ekoran termaktub di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.
“Bank ada Akta Perkhidmatan Kewangan yang tidak membenarkan sebarang perkongsian.
“Jadi kalau orang tanya PADU boleh tahu berapa banyak simpanan (dalam akaun), jawapannya tidak,” katanya.
Dalam pada itu, sempena pelancaran PADU minggu depan itu, 3,000 orang yang terawal mendaftar dan mengemas kini data di PADU akan terima kad NFC Touch ‘n Go secara percuma.
Malah, katanya, pasar raya Mydin juga menawarkan diskaun kepada mereka yang mendaftar di PADU.
SUMBER
Buletin TV3 |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
2020 baru buat banci
Ambik aje la data isirumah dari situ |
|
|
|
|
|
|
|
asal ada bantuan je nak kena suruh daftar lah, key-in lah, kemaskini maklumat LHDN lah |
|
|
|
|
|
|
|
tak pernah dapat bantuan
adakah daftar ni nnt maklumat kena jual ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Abeh nelayan, petani yg x pndi guna computer mcm mn |
|
|
|
|
|
|
|
PADU ni is a big thing, jgn dibuat main sbb thn 2024 ni madanon nak mansuhkan subsidi minyak, telor, ayam etc. indon rohingya bangla golongan t20 sumer xdpt, so kite kne update data kluarga kita. |
|
|
|
|
|
|
|
nanti minyak masak paket rm2.50 tu kjaan mansuhkan , dia bg duit terus atau diskaun atau mcm mane lah. |
|
|
|
|
|
|
|
3 bulan sempat ke nak cover area yang tak ada akses internet tu? |
|
|
|
|
|
|
|
ni khas utk siapa, utk deols wat bisnes ke atau B40 .... x dpt bantuan sara hidup ke how |
|
|
|
|
|
|
|
sabsidi simen mcmana nk dpt? |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn sekali org login terus crash website sudahla.... |
|
|
|
|
|
|
|
itu lah data yg banci rumah ke rumah aritu bukn xzaman 20an dah baru je tahun2 lepas |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah sasbadi ditarik, rengsa jah PETAI = Pendatang asing tanpa izin = PATI dapat beli minyak masak peket |
|
|
|
|
|
|
|
domestobot replied at 30-12-2023 04:54 PM
asal ada bantuan je nak kena suruh daftar lah, key-in lah, kemaskini maklumat LHDN lah
Macam sekolah jugak..dari awal tahun,sampai akhir..tak abis2 minta isi data murid.takde kerani key in data murid ke hapo? |
|
|
|
|
|
|
|
Padu bak hang |
|
|
|
|
|
|
|
Bersyukurlah...aku dengar cerita Kak Norway, di Norway kerajaan sana akan check akaun bank...Akaun bank lebih dari 80,000 Kroner akan dikenakan tax. |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 30-12-2023 08:06 PM
Macam sekolah jugak..dari awal tahun,sampai akhir..tak abis2 minta isi data murid.takde kerani key ...
Mne ad kerani. Sblm ni semua ckgu buatkan. |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 31-12-2023 11:01 AM
Bersyukurlah...aku dengar cerita Kak Norway, di Norway kerajaan sana akan check akaun bank...Akaun b ...
Akaun bank iols tak penah byk duit...naper la dia tak integrate je dgn lhdn.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|