CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22244|Reply: 0

Jika terkena sengat ikan sembilang atau ikan berbisa, ini cara rawat

[Copy link]
Post time 29-12-2023 10:45 AM | Show all posts |Read mode
Edited by novelloverzz at 29-12-2023 10:46 AM

Jika terkena sengat ikan sembilang atau ikan berbisa, ini cara rawat yang ramai kaki pancing tak tahu, sangat berkesan. “Aduh tangan aku kena sengat ikan sembilang! Sakitnya! Apa kena buat ni?”


Bukan sahaja disengat oleh haiwan berbisa yang popular seperti ular dan serangga, sebenarnya anda turut boleh disengat oleh haiwan di dalam air seperti ikan. Antara ikan yang popular apabila bercakap mengenai sengatan adalah ikan sembilang. Jadi, apa yang anda perlu lakukan jika terkena sengatan haiwan ini?

KENA SENGAT IKAN SEMBILANG ATAU IKAN BERBISA? INI PETUA NAK HILANGKAN SAKIT


Ada yang mengatakan bahawa terdapat beberapa petua tertentu dalam merawat sengatan bisa ikan ini. Jadi, walaupun anda bukan kaki pancing, ilmu ini perlu diambil tahu juga supaya dapat membantu orang lain.


Senarai ikan yang dikategorikan berbisa:

-Ikan duri
-Kitang
-Dengkis
-Sembilang
-Ikan ketuka
-Ikan pari
-Ikan depu


Jadi, orang ramai berkongsikan tips untuk anda merawat sengatan ikan berbisa supaya tidak melarat:
1.Kalau terkena sengat sembilang ini atau ikan duri, antara petua yang dikongsikan adalah dengan kencingkan dekat jari yang kena sengatan tersebut dan biarkan beberapa minit sampai reda. Lepas reda baru basuh balik tangan dengan air bersih.


2.Pakai Ridset atau spray nyamuk. Kalau pergi memancing atau tengah memilih ikan sembilang hidup, bawalah ridset nyamuk. Risau kalau-kalau terkena sengat sembilang sembur saja dengan Ridset, rasa sejuk, sakit pun kurang.


3. Boleh ambil batang mancis dan kikis belerang dekat tempat terkena sengat. Memang pedih tak terkata tapi sekelip mata sakit itu hilang.


4.Petua daripada orang-orang lama, kalau kena sengatan haiwan-haiwan laut boleh ambil ‘otak ikan’ dan makan mentah-mentah. Boleh diamalkan jika petua lain tidak berkesan sementara nak pergi klinik.


5. Gunting sedikit hujung ekor ikan dan selawat serta kunyah ekor tu dan telan. Rasa pahit sedikit, Insyaallah hilang / kurang dalam beberapa minit.


6.Paling mujarab adalah ambil satu misai kucing dan cucuk dekat tempat yang terkena itu… nanti akan terasa hisapannya.


7.Petua dari ayah ayah adalah rawat sengatan bisa ikan sembilang, keli, duri dan keluarganya dengan menggunakan asahan kuku guna pisau, ambil habuk kuku dan tampal di tempat kena sengat. Insyallah rasa berdenyut sakit hilang.


*Namun, diingatkan kepada orang ramai tidak kisah sama ada selalu pergi memancing ataupun tidak, ikan-ikan yang anda gemari ini ada yang berbisa. Mungkin ada petua-petua tradisional yang boleh dilakukan namun, rawatan medikal di klinik juga perlu disegerakan ya!





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.069406 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list