View: 10633|Reply: 16
|
[Politik]
Siti Mastura nafi minta derma bayar saman fitnah
[Copy link]
|
|
Cam tak biasa pulak geng liPAS
—————————-
GEORGE TOWN: Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Mohamad berkata beliau akan mendapatkan nasihat undang-undang berhubung penyebaran poster palsu meminta derma untuk membayar kos saman fitnah dikemukakan oleh pemimpin DAP.
Dalam poster tular itu, sayap wanita PAS Pulau Pinang didakwa kononnya meminta derma orang ramai untuk membantu menampung “kos pengurusan untuk pembelaan awal Mastura yang dijangka melebihi RM30,000.”
“Kami akan menyerahkan kepada peguam kami untuk membuat keputusan,” kata Mastura kepada FMT apabila ditanya sama ada beliau dan sayap wanita PAS Pulau Pinang akan membuat laporan polis mengenai poster palsu itu.
Sayap wanita PAS Pulau Pinang juga mengeluarkan kenyataan pada Ahad menafikan ia mengeluarkan poster itu. Mastura ialah timbalan ketua sayap.
Pada 29 Nov, Penasihat DAP Lim Kit Siang, pengerusi parti Lim Guan Eng dan naib pengerusi parti Teresa Kok memfailkan saman fitnah berasingan terhadap Mastura kerana mendakwa mereka mempunyai kaitan dengan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng dan mendiang perdana menteri Singapura Lee Kuan Yew .
Dalam saman yang difailkan oleh Tetuan SN Nair & Partners di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 21 Nov, ketiga-tiga pemimpin DAP itu menuntut ganti rugi libel dan fitnah terhadap Mastura kerana merosakkan reputasi mereka.
Ketiga-tiga mereka juga mahu Mahkamah Tinggi mengeluarkan injunksi menghalang Mastura daripada mengeluarkan, menulis, menerbitkan atau mengedarkan kenyataan yang sama atau serupa.
Mastura didakwa membuat kenyataan itu pada ucapan di Kemaman, Terengganu, pada 4 Nov.
FMT
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
diorang orang politik ni sekarang belajar daripada sifu2 marketing jugak ke duk buat statement supaya viral pastu orang follow? gitu ke... bad marketing is good marketing, gitu? |
|
|
|
|
|
|
|
apesal aku ttertengok gigi dia pulakkkkkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Lain kali jgn buat fitnah. X psl2 jd Kes court. |
|
|
|
|
|
|
|
Sheol blaja drpd tok Guru Pas la tuu..kena saman ka,kete rosak ka mintak je derma dgn walaun.garenti setel!
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
KALAH is loadinggg........ 1-2-3 |
|
|
|
|
|
|
|
airmineral replied at 29-12-2023 11:01 AM
apesal aku ttertengok gigi dia pulakkkkkkkk
Ye kenapa tak betulkan gigi |
|
|
|
|
|
|
|
Disturbed nya minda aku tengok gigi berkecai dia.. dia tak rasa nak repair ke |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 29-12-2023 12:35 PM
Disturbed nya minda aku tengok gigi berkecai dia.. dia tak rasa nak repair ke
Dia org kampung yg susah. Lebih pentingkan study sampai phd dari cosmetic. Mungkin sekarang dah ada duit boleh ler repair mana yg patut. Tp elaun mp dia banyak guna tolong rakyat sbb xder peruntukan. Tu yg aku tgk kat Page dia. Masuk kampung bagi kerusi roda computer etc guna duit sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
zamzam replied at 29-12-2023 12:42 PM
Dia org kampung yg susah. Lebih pentingkan study sampai phd dari cosmetic. Mungkin sekarang dah ad ...
Oooo bagus rupanya dia dari segi akhlak dan integriti.. aiols ingatkan dia nk mcm zuraidah tu.. muka kampung perangai pun jahat songlap duit direct |
|
|
|
|
|
|
|
zamzam replied at 29-12-2023 12:42 PM
Dia org kampung yg susah. Lebih pentingkan study sampai phd dari cosmetic. Mungkin sekarang dah ad ...
Belajar sampai phd, tapi fakta & auta pun tak boleh beza. Klu kena bayar berjuta, nak kutip tabung milo ka? |
|
|
|
|
|
|
|
ala sama..... da kaya kan..buat la braces ke cuci gigi ke
|
|
|
|
|
|
|
|
Apoo replied at 29-12-2023 12:56 PM
Belajar sampai phd, tapi fakta & auta pun tak boleh beza. Klu kena bayar berjuta, nak kutip tabung ...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ramasamy pun mintak derma.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|