CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4518|Reply: 0

[Kedah] Hilang suara akibat derita kanser usus

[Copy link]
Post time 28-12-2023 04:09 PM | Show all posts |Read mode

Zakiah Othman memasukkan susu  menggunakan saluran tiub untuk suaminya, Abdul Ghani Abd Kadir yang menghidap kanser usus besar tahap tiga. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI

Alor Setar: "Selepas disahkan menghidap kanser usus besar tahap tiga Julai lalu, suami tiba-tiba hilang suara dan kini tidak mampu bergerak disebabkan sel kanser itu sudah merebak," ujar Zakiah Osman, 60.

Dia berkata, suaminya, Abdul Ghani Abd Kadir, 63, yang sebelum ini menjalankan perniagaan menjahit baju secara pukal bergantung dengan meminum susu untuk memberi tenaga kerana tidak berselera makan.

Katanya, suaminya dikesan menghidap penyakit itu selepas mengadu sakit dalam perut dan sukar untuk membuang air besar.

"Mulanya saya sangkakan dia mempunyai masalah angin dalam badan. Apabila mendapatkan rawatan di klinik, doktor hanya memberikan ubat untuk memudahkan dia membuang air besar.



"Tetapi ubat itu tidak membantu sebelum doktor membuat imbasan sinar x dan mendapati terdapat najis terkumpul pada bahagian usus besar.

"Saya kemudian membawanya ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan doktor mencadangkan suami menjalani pembedahan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kubang Jawi, Alor Janggus, di sini.

Menurut Zakiah, selepas pembedahan itu, peti suara suaminya mengalami masalah sehingga tidak keluar suara ketika bercakap.

"Sejak itu juga kami hilang punca pendapatan dan hanya bergantung pada tiga anak untuk menyara keluarga.

" Suami perlu minum susu formula khas yang disarankan oleh doktor tetapi harga susu terlalu mahal iaitu RM98 untuk 400 gram.

"Dia (suami) perlu minum susu sekurang-kurangnya tiga jam sehari melalui saluran tiub di hidung kerana dia tidak boleh makan seperti biasa.

"Selain itu, beg stoma pula perlu ditukar tiga atau empat keping sehari untuk kebersihan diri dan harga sekotak beg itu pula mencecah RM160 untuk 30 keping dan kami perlu membeli dua atau tiga kotak sebulan untuk tukar ganti yang lebih kerap," katanya.

Katanya, suaminya pernah diserang angin ahmar menyebabkan dia sukar menelan makanan.

"Bukan itu saja malah saya perlu membeli ubat cair darah RM330 sebulan untuk suami dan semuanya agak merumitkan bagi saya kerana segala wang simpanan habis untuk rawatan suami," katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkan melalui akaun 152023394473 (Maybank) Abdul Ghani Abd Kadir bagi meringankan penderitaan mereka.

Sementara itu, Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal yang menziarahi pesakit itu turut menyampaikan sumbangan susu formula khas, wang tunai serta barangan keperluan dapur selain memberi sokongan moral kepadanya untuk meneruskan rawatan.

Menurutnya, harga susu formula khas yang terlalu mahal menyebabkan keluarga ini terbeban untuk mendapatkan wang.

"Saya berharap ada yang sudi membantu keluarga ini kerana mereka amat perlukan wang untuk membeli susu serta beg stoma yang agak mahal," katanya.

Selain itu, sukarelawan CSM, Datin Norasimah Abd Hamid turut menyampaikan sumbangan peribadinya untuk membantu pesakit ketika menziarahinya hari ini.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -derita-kanser-usus

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.174511 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list