CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6007|Reply: 0

[Pulau Pinang] Cik Kiah, ular sawa batik 220 kg, ditemukan mati

[Copy link]
Post time 28-12-2023 01:12 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Redzuan Abdullah Zawawi, 39, di sisi ular sawa batik peliharaannya, 'Cik Kiah' dengan berat sebanyak 220 kilogram dan panjang tujuh meter, yang ditemukan mati di sini. FOTO IHSAN MOHD REDZUAN

Balik Pulau: Ular sawa betina dengan berat lebih 220 kilogram yang diberi nama 'Cik Kiah', ditemukan mati di sini, semalam.

Pemiliknya, Mohd Redzuan Abdullah Zawawi, 39, berkata, dia menyedari Cik Kiah sudah tidak bernyawa ketika mahu melakukan pemeriksaan rutin, kira-kira 10 pagi.

Mohd Redzuan berkata, Cik Kiah adalah daripada keluarga Malayopython reticulatus atau reculated python iaitu ular sawa batik saiz seakan anakonda.

Katanya, ia adalah antara sembilan ular sawa pelbagai genetik yang dipeliharanya dan mungkin paling besar di Asia, dengan panjang sehingga hampir tujuh meter.



"Saya pelihara Cik Kiah sejak lebih 20 tahun lalu, sehingga semalam, ia mati secara tiba-tiba.

"Memang sejak dua tiga hari lalu, badannya seperti tidak sihat, sehingga pagi semalam saya pegang Cik Kiah dan mendapati ia sudah tidak bergerak, manakala perutnya seakan kembung.

"Saya anggap Cik Kiah macam anak sendiri, namun saya reda apabila hayatnya berakhir pada usia berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Harian Metro pada Jun tahun lalu pernah melaporkan mengenai kisah Mohd Redzuan yang memelihara haiwan eksotik berkenaan di sebuah rumah yang disewa khas.

Cik Kiah adalah ular yang paling disayangi berikutan mempunyai nilai sentimental tersendiri kerana dengan haiwan itu, dia mula belajar membela ular sawa.

Mohd Redzuan berkata, Cik Kiah tidak pernah mencederakannya, malah sejak berita mengenainya dilapor beberapa media dan tular sebelum ini, rezeki dia dan keluarga juga 'mencurah-curah'.

Katanya, pada masa ini, pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sudah dimaklumkan mengenai kematian ular sawa itu dan mereka dijangka ambil Cik Kiah dalam tempoh 14 hari bagi diawet bagi disimpan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 0-kg-ditemukan-mati

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.328165 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list