CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4932|Reply: 0

SPM 'pertarungan' paling penting buat Jojo

[Copy link]
Post time 28-12-2023 12:36 PM | Show all posts |Read mode

Jojo (dua dari kanan) bersiar-siar selepas menjalani latihan di gimnasium. - NSTP/Nadim Bukhari

KUCHING: Ketika namanya meledak selepas mempamer prestasi menakjubkan di arena ONE Championship, tahun 2023 juga cukup mencabar bagi Muhamad Johan Ghazali Zulfikar, kerana tahun ini dia perlu 'bertarung' dengan ujian penting, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Thomas, Kuching berusia 17 tahun yang mesra disapa Jojo itu mencetus sensasi apabila meraih kemenangan 'knocked out' (K.O) terpantas pada kemunculan pertamanya di ONE Championship menewaskan Paditsuk Fairtex dari Thailand dalam masa hanya 16 saat pada 24 Februari lalu.

Selepas itu, Johan terus menjadi perhatian apabila unggul pada empat pertarungan dengan tiga daripadanya turut didominasinya dengan keputusan K.O.

Selain menumbangkan juara Muay Thai Antarabangsa WBC dari Mexico, Edgar Tabares dalam masa hanya 36 saat, 8 Disember lalu, Johan menumbangkan petarung Russia,Temirlan Bekmurzaev dalam masa 2 minit 43 saat pada Oktober lalu.



Satu lagi pertarungan yang dimenanginya dengan pukulan K.O ialah ketika berdepan cabaran Tai Sor Jor Piek Uthai dari Thailand yang mengambil masa 1 minit 37 saat pada Mei lalu.

Satu-satunya pencabar yang mampu bertahan sehingga penamat pertarungan setakat ini ialah Samurai Seeopal Thailand yang menyaksikan Jojo muncul pemenang dengan keputusan sebulat suara.

Johan turut mencipta sejarah sebagai atlet tempur termuda memperoleh kontrak AS$100,000 (RM467,000) dengan ONE Championship Thailand selepas menumbangkan Bekmurzaev, Oktober lalu.

Deretan kejayaan di gelanggang muay thai dalam masa singkat tahun ini tentunya memberi kesan kepada Johan.

Namun ibunya, Jennana Johnson, 46, segera mengingatkannya, kemasyuran yang diraih pasti ada pasang surutnya dan dia mahu anak keduanya itu tidak leka dan mengutamakan SPM yang dianggap lebih penting dari aksi di gelanggang muay thai.

"Dia sudah membuktikan kemampuannya di gelanggang dan kini dia harus memberi tumpuan sepenuhnya kepada ujian SPM. Keutamaan dalam pelajaran dan sukan biar seiring.

"Sebab itu kami hadkan kemunculannya ketika ini kerana mahu dia memberi tumpuan kepada SPM yang sedang dihadapinya," katanya.

Jennana berkata, Johan sudah melalui latihan berat di Rentap Muay Thai Gym sejak tujuh tahun lalu dan pada masa yang sama membahagikan masa untuk sekolah.

"Sejak 2016, Johan berlatih dua kali sehari dan dia sudah biasa mengatur jadual untuk latihan gym dan membuat kerja sekolah.

"Tahun ini kemuncaknya dan dia perlu menduduki ujian penting yang akan menjadi bekalan masa depannya," katanya.

Jennana berkata, muay thai menjadi sukan keluarganya apabila semua empat anaknya, malah beliau sendiri dan suaminya Senior Asisten Komisioner Zul terbabit dalam sukan itu secara serius.

"Abang Johan iaitu Elias serta dua adiknya, Mikail dan Emylia adalah petarung muay thai dan saya juga berkenalan dengan suami di gimnasium muay thai.

"Anak-anak kami semuanya berbakat dalam sukan muay thai dan kemampuan mereka terus digilap di Rentap Muay Thai Gym," katanya.

Menurut Jennana, selain menurunkan minat mereka kepada anak-anak, faktor lain yang mendorong mereka menggalakkan semua empat anak menyertai muay thai ialah supaya mereka kekal cergas.

"Malah muay thai juga mampu membina keyakinan anak-anak dan saya amat yakin kerana saya dan suami juga adalah atlet muay thai profesional," katanya.

Mengimbau pembabitan Johan secara serius dalam sukan muay thai, Jennana berkata, anaknya itu mula bertarung pada usia 10 tahun.

Menurutnya, bakat Johan digilap Addy Singpayak, jurulatih dari Thailand yang melatihnya sejak 2015.

"Kejayaan yang dikecapi Johan hari ini tidak dicapai dalam tempoh singkat tetapi hasil usaha gigih dia sendiri serta dorongan kuat oleh Addy.

"Johan sudah mengalami kerugian masa remajanya selama bertahun-tahun demi sukan yang disertai semua keluarganya ini," katanya.

Mengenai kerjaya masa depan anak-anak, Jennana berkata, suaminya tidak menetapkan mereka termasuk Johan mengikuti jejaknya menjadi pegawai polis ataupun sebagai pegawai tentera.

"Suami saya menggalakkan anak-anak melakukan perkara yang menggembirakan mereka, asalkan ia sesuatu yang baik untuk mereka dan baik untuk masyarakat keseluruhannya," katanya.

Mengenai kenyataan Presiden Persatuan Muay Thai Malaysia, Datuk Shahnaz Azmi, baru-baru ini yang yakin Johan akan berdepan juara dunia, Rodtang Jitmuangnon pada masa akan datang, Jennana berkata, jika ia berlaku, beliau yakin Johan akan melakukan yang terbaik untuk mengatasi idolanya itu.
https://www.bharian.com.my/sukan ... g-penting-buat-jojo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 10862 Replies : 2
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23636 Replies : 146
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.297722 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list