CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13451|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 'Itu baju kegemaran arwah, dia nak bawa baju itu pulang ke kampung'

[Copy link]
Post time 27-12-2023 04:58 PM | Show all posts |Read mode

ARWAH Adly Zarkasyi. FOTO tular media sosial

Kuala Lumpur: "Itu baju kegemarannya yang baru dibeli. Rakan beritahu dia nak bawa baju itu pulang ke kampung," kata Taufik Mohd Zain, 58, bapa saudara kepada remaja lelaki yang maut terjatuh dari tingkat 34 sebuah kondominium di Kampung Baru di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 8 malam tadi, Adly Zarkasyi Alzafry, 18, dikatakan memanjat pagar balkoni untuk mengambil baju-T yang tersangkut sebelum terjatuh.

Akibat insiden itu, penuntut semester satu Diploma Teknologi Maklumat di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) meninggal dunia di lokasi kejadian.

Taufik berkata, dia mengetahui kejadian itu sebaik menerima panggilan daripada ahli keluarganya.


"Ketika itu, saya berada di rumah di Perlis. Terkejut apabila diberitahu anak saudara terjatuh bangunan lalu saya minta anak saya yang berada di Kuala Lumpur untuk ke kondominium berkenaan.

"Kebetulan keluarga Kasyi (Adly Zarkasyi) baru tiba di Perlis petang semalam. Dia tidak dapat ikut keluarganya kerana masih ada kelas dan sepatutnya dia pulang ke kampung menaiki bas esok.

"Tapi tak sangka pula kejadian ini berlaku, menjadi asbab kematiannya," katanya ketika ditemui di pekarangan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Menurut Taufik, kali terakhir bertemu arwah yang juga anak sulung daripada tiga beradik itu kira-kira sebulan lalu.

Ditanya mengenai sifat arwah yang akan diingati, katanya, arwah sangat rapat dengannya kerana seorang yang periang, berani dan suka cabaran.

"Ibu bapa arwah masih bersedih dengan kejadian menimpa anak mereka," katanya jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam TTDI Jaya, Shah Alam, sebaik selesai bedah siasat.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, polis menerima laporan kejadian pada 8.17 malam.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... u-pulang-ke-kampung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.292438 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list