CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11503|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Syarikat agensi umrah sudah disenarai hitam - Polis

[Copy link]
Post time 27-12-2023 04:44 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: Sebanyak 25 kertas siasatan dibuka untuk menyiasat kes penipuan membabitkan sebuah syarikat pengendali umrah, kata Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (Siasatan) Bukit Aman Datuk Rohaimi Md Isa.

Beliau berkata, kertas siasatan berkenaan sedang dilengkapkan sebelum dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) juga sudah menggantung lesen syarikat terbabit.

"Sejak penggantungan lesen oleh Motac pada 10 Julai lepas, tiada pakej umrah baharu ditawarkan syarikat itu kepada orang awam dan tiada kes baharu dilaporkan," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.



Sebelum ini, media melaporkan mangsa penipuan pakej umrah mahu tindakan tegas diambil terhadap syarikat berkenaan selepas didakwa gagal membayar ganti rugi kepada mereka.

Mengenai dakwaan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia yang menyatakan tiada tindakan diambil dalam kes berkenaan, Rohaimi berkata, ia tidak tepat.

Beliau berkata, menurut kenyataan media Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf pada 29 November lalu, sebanyak 21 kertas siasatan dibuka berhubung penipuan pakej umrah membabitkan angka kerugian lebih setengah juta ringgit.

"Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia juga telah menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap 177 aduan melibatkan tuntutan sebanyak RM4,335,073.07.

"Selain itu, Suruhanjaya Syarikat Malaysia juga telah mengambil tindakan menyenaraihitamkan (sekatan pentadbiran) syarikat dan kedua-dua pengarahnya di bawah Akta 614," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... senarai-hitam-polis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.197922 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list