CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4521|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Assalamualaikum Abang Zayn...

[Copy link]
Post time 27-12-2023 03:23 PM | Show all posts |Read mode

Ismanira ketika melawat kubur Zayn. Foto Ihsan IG Ismanira

Kuala Lumpur: "Assalamualaikum Abang Zayn, rindunya mommy dekat abang."

Demikian hantaran terbaharu Ismanira Abdul Manaf, 28, ibu kepada kanak-kanak lelaki autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, di Instagram (IG) miliknya, hari ini.

Ismanira memuat naik gambar kubur 'anak syurganya' yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara dengan pesanan meruntun jiwa.

Beliau turut berkongsi gambarnya pada awal 2023 bersama Zayn Rayyan di saat dia tidak tahu kejadian apa yang akan menimpa anak sulungnya itu.



Perkongsian ibu kepada 'anak syurga' itu ternyata menyentuh perasaan pengguna IG lain yang turut memintanya supaya terus kuat dan tabah menghadapi ujian.

Seorang pengikut menggunakan akaun ieqa0_0 menulis di ruangan komen "banyak sangat memori yang puan cipta dengan dia. Ya Allah, kuatkanlah ibu ini untuk menghadapi ujian mu".

Bagi pemilik akaun zazaarozanaa pula menulis "sudah minggu ketiga. Al fatihah buat Zayn Rayyan, anak syurga.

Selain itu, rata-rata pengikutnya turut berharap ada keadilan buat arwah Zayn Rayyan dan pelaku segera ditangkap serta dikenakan hukuman setimpal.

Terdahulu, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di saliran air kira-kira 200 meter dari Apartmen Idaman, Damansara Damai, kira-kira 10 malam 6 Disember lalu selepas dilaporkan hilang lebih 30 jam.

Mangsa kemudian disahkan dibunuh berdasarkan hasil bedah siasat yang menemui kesan kecederaan pada leher dan badan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ualaikum-abang-zayn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.674707 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list