CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4179|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Perlu banteras kartel harga ayam supaya aktiviti ekonomi telus

[Copy link]
Post time 27-12-2023 03:13 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN

Kuala Lumpur: Kewujudan kartel menguasai penetapan harga ayam adalah aktiviti perniagaan songsang yang perlu dibanteras untuk memastikan aktiviti ekonomi berjalan dengan telus dan lancar.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, usaha pihak berkuasa membanteras aktiviti perniagaan songsang amat digalakkan, malah wajar diperhebatkan setiap masa.

Menurutnya, ini bagi memastikan sesuatu pasaran boleh berfungsi secara normal iaitu harga barang akan bergerak mengikut permintaan dan penawaran di dalam pasaran.

"Penentuan harga akan berlaku secara cekap dan dibantu pula penguatkuasaan oleh pihak berkuasa supaya pemain pasaran akan mengikut lunas undang-undang," katanya.



Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu kartel ayam yang mengawal pasaran dan tindakan sewajarnya perlu dilakukan pihak berkuasa.

Dalam taklimat media oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), Jumaat lalu, agensi itu mendedahkan sebanyak RM415 juta penalti dikenakan terhadap lima syarikat pengeluar makanan ayam yang didapati melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (Akta 712) melalui pembentukan kartel penetapan harga ayam.

Syarikat terbabit ialah Dindings Poultry Development Centre Sdn Bhd (Dinding), FFM Berhad (FFM), Gold Coin Feedmills (M) Sdn Bhd (Gold Coin), Leong Hup Feedmill (M) Sdn Bhd (Leong Hup) dan PK Agro-Industrial Products (M) Sdn Bhd (PK Agro).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... iviti-ekonomi-telus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.094199 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list