CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5530|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Harga menu mahal tapi guna barang subsidi

[Copy link]
Post time 27-12-2023 01:02 PM | Show all posts |Read mode

ARIFFIN menunjukkan lokasi operasi minyak dilakukan di sekitar Kuala Lumpur. FOTO Fathil Asri

Kuala Lumpur: Harga menu 'mewah' tetapi sedia makanan guna barang kawalan bersubsidi. Itu helah digunakan dua restoran berkonsepkan Pakistan di Jalan Ipoh, di sini, untuk mengaut lebih banyak keuntungan.

Pengarah Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Diri (KPDN) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menjalankan pemeriksaan di dua restoran berkenaan kira-kira 1 pagi pada 22 Disember lalu.

"Pemeriksaan di bahagian dapur restoran pertama menemukan 37 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi, manakala 39 kg minyak masak bersubsidi ditemukan di restoran kedua.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua restoran berkenaan tidak mempunyai sebarang lesen atau permit barang kawalan bagi tujuan penyimpanan," katanya pada sidang media di Pejabat KPDN Kuala Lumpur, di sini, hari ini.



Ariffin berkata, semakan dilakukan mendapati kedua-dua restoran terbabit dimiliki lelaki warga Pakistan masing-masing berusia 40-an.

"Mereka memegang status pemaustautin tetap yang berkahwin dengan wanita tempatan dan menetap di negara ini sejak 20 tahun lalu.

"Berdasarkan keterangan dua pemilik terbabit, mereka memaklumkan bahawa bekalan minyak masak bersubsidi itu diperoleh daripada pemborong di ibu kota ini.

"Dua pemilik ini memberikan alasan sama apabila ditanya mengapa menggunakan bahan kawalan berkenaan iaitu tidak mengetahui bahawa ia adalah barangan bersubsidi," katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga sedang mendapatkan maklumat mengenai kegiatan pemborong yang membekalkan barang bersubsidi itu kepada peniaga terbabit.

"Adalah tidak adil kepada pengguna barang subsidi itu iaitu golongan berpendapatan rendah atau B40 tidak dapat menikmati kemudahan ini disebabkan ia diseleweng oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Ini kerana dua restoran ini menyediakan makanan 'kasta tinggi' dan mewah dengan mengenakan harga antara RM20 hingga RM50 untuk satu sajian tetapi guna minyak masak subsidi yang dijual pada harga RM2.50 sekilogram.

"Bayangkan jika kegiatan ini tidak terbongkar, mereka akan terus menggunakan kira-kira dua tan minyak masak subsidi sebulan yang jelas merugikan dan menjejaskan bekalan bagi golongan sasar iaitu B40," katanya.

Selain itu, katanya, restoran pertama yang mempunyai kedai runcit juga didapati gagal mempamerkan tanda harga bagi barangan dijual iaitu serbuk teh.

"Kami menyita 76 kg minyak masak subsidi dan 24 serbuk teh dianggarkan berjumlah RM1,100 dalam operasi itu.

"Kes itu disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011," katanya.

Beliau memberi amaran kepada mana-mana restoran supaya tidak menggunakan sebarang barang kawalan bersubsidi bagi mengelak dikenakan tindakan tegas.

"Kami akan menggerakkan pasukan penguat kuasa bagi menjalankan pemeriksaan terhadap restoran-restoran di ibu negara yang didapati menggunakan barang kawalan bersubsidi dalam operasi mereka.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pemilik restoran mahupun pembekal barang bersubsidi yang didapati melakukan kesalahan itu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... guna-barang-subsidi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.897831 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list