CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14026|Reply: 0

Thulaashi, 'Tsunami Baby Miracle' Dah Besar, Keluarga Tiap Tahun Ucap Doa Kesyukuran

[Copy link]
Post time 26-12-2023 02:03 PM | Show all posts |Read mode
Georgetown: Genap 19 tahun kejadian gempa bumi berukuran 9.1 magnitud melanda pantai barat Sumatera Utara, Indonesia, menghanyutkan seorang bayi, S Thulaashi yang ketika itu baru berusia 22 hari.


Ombak menerusi gelombang pertama yang datang sejauh 600 kilometer dari Sumatera ke Pulau Pinang dengan kelajuan 800 kilometer sejam itu menghanyutkan Thulaashi yang sedang tidur di atas tilam di kafe keluarganya berhampiran pantai.






Bagaikan keajaiban apabila gelombang kedua seperti 'menghantarnya' kembali ke pantai dengan selamat.


Sejak itu, Thulaashi menjadi tajuk utama dunia, yang 'tidur' sepanjang kejadian sehingga mendapat jolokan 'Tsunami Miracle Baby'.


Malah sejak itu juga dia tidak pernah gagal mengucapkan doa kesyukuran khas setiap tahun kerana terselamat daripada tsunami berkenaan.


Thulaashi turut berkongsi rasa terima kasih atas kelangsungan hidupnya serta menghormati seramai 37 nyawa yang terkorban di Pantai Miami.


"Ini sudah menjadi amalan tahunan keluarga saya dan akan terus melakukannya seumur hidup.


"Saya bersyukur dan berterima kasih kerana terselamat daripada gelombang pembunuh," katanya ketika ditemui NSTP, di sini.


Thulaashi berkata, dia sedang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah dalam perakaunan selain turut membantu di kafe milik keluarganya di tepi laut, di sini.


Kafe berkenaan kekal sebagai tempat berkumpul bagi penduduk tempatan dan pelancong yang mahu mendengar sendiri cerita Thulaashi secara langsung.


"Malah ada saudara-mara saya yang masih bercakap mengenai kejadian itu semasa setiap bertemu atau dalam perhimpunan keluarga," katanya lagi.


Menerusi temubual bersama NSTP pada 2019, bapa Thulaashi, A Suppiah, 74, berkata, sejak kejadian itu anak perempuannya tidak dibenarkan masuk ke dalam air tanpa ditemani.


Suppiah berkata, apabila tsunami melanda, air laut berkenaan berbau sulfur dan ia adalah sesuatu yang tidak pernah dialami sebelum ini walaupun sudah tinggal di tepi laut sejak lahir.


Thulaashi berkata, kini ibu bapa sudah membenarkannya pergi ke laut seorang diri serta tidak takut dengan kejadian yang pernah dialaminya pada masa lalu.


"Namun saya masih berjaga-jaga dan memahami bagaimana peristiwa bencana tidak dapat diramalkan," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.296806 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list