CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13098|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Nur Alia Wahidah pula 'pergi' tinggalkan mama

[Copy link]
Post time 26-12-2023 01:28 PM | Show all posts |Read mode

NUR Alia Wahidah (kiri) meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), kelmarin. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Pesakit kanser payudara tahap empat Nur Alia Wahidah Abdul Latif meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) di sini, kelmarin selepas berjuang melawan penyakit itu sejak tiga tahun lalu.

Sebelum ini, muka depan Harian Metro menyiarkan kisah Nur Alia Wahidah, 33, yang semua ahli keluarganya iaitu bapa dan tujuh adik-beradik diuji penyakit kanser dan semua insan tersayang itu meninggal dunia.

Ketika itu Nur Alia Wahidah sedang berjuang melawan kanser bersama ibunya yang juga pejuang kanser payudara, Che Noorsiah Abdul Rashid dan anak saudara, Haleef Hayyan Effendy Irfan Effendy yang menghidap kanser limfoma, tulang dan leukemia.

Kakak iparnya, Mimi Zarina Omar, 49, berkata, Nur Alia Wahidah yang juga anak bongsu itu menghembuskan nafas terakhirnya pada 6.41 petang kerana kanser dihidapinya semakin serius dan merebak ke hati serta menyebabkan beberapa organ gagal berfungsi dengan baik.



Menurutnya, adik ipar kesayangannya itu sebelum ini dimasukkan ke hospital sebelum doktor mengesahkan status Nur Alia Wahidah sebagai pesakit paliatif yang sudah tiada rawatan lain boleh dilakukan pada November lalu.

"Dalam masa tiga minggu ini keadaan arwah adik memang serius sebelum akhirnya adik meninggalkan kami semua. Kami sekeluarga memang tak sanggup melihat adik tahan sakit, tetapi kami reda dengan pemergiannya.

"Mama (Che Noorsiah) juga reda namun masih bersedih kerana semua anaknya sudah tiada dengan anak bongsu yang menemaninya selama ini juga sudah 'pergi' tetapi Insya-Allah mama kuat dan ahli keluarga lain akan terus beri sokongan padanya," katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, Nur Alia Wahidah selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya pada 10.30 pagi semalam.

Sebelum ini Harian Metro melaporkan kisah Che Noorsiah yang diuji apabila semua anaknya bersama tiga anak tiri serta suami diuji penyakit kanser malah dirinya dan seorang cucu lelaki juga diuji penyakit sama.

Suami, Abdul Latif Md Jali yang menghidap kanser paru-paru dan tumor otak meninggal pada 1998 manakala anak kandungnya, Nur Hidayati Ayu yang menghidap kanser adrenal meninggal dunia pada 1995, Irfan Effendy meninggal dunia pada 2013 kerana kanser limfoma dan Nur Aqilah Atiqah menghidap kanser payudara yang meninggal dunia pada 2019.

Seorang lagi anaknya, Shaheedy Effendy yang meninggal dunia kerana jangkitan bakteria salmonella juga mempunyai ketulan di tulang selangka namun tidak sempat membuat ujian dan pemeriksaan lanjut.

Tiga anak tirinya, Noraini meninggal dunia pada 2002 akibat kanser payudara, Mohd Jefri menghidap kanser esofagus meninggal dunia pada 2018 dan Mohd Musa meninggal dunia pada 2016 kerana kanser darah.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... rgi-tinggalkan-mama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 1.415103 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list