CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26308|Reply: 0

[Kedah] Lelaki meninggal kena dahan pokok

[Copy link]
Post time 25-12-2023 11:08 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki meninggal kena dahan pokok


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



LELAKI maut selepas terkena dahan pokok terap yang ditebang di Kampung Lubuk Besar Hujung Bandar, Sik. FOTO Ihsan Pembaca.




Sik: Lelaki menemui ajal selepas kepalanya terkena dahan pokok terap yang patah ketika menebangnya bersama sepupu di Kampung Lubuk Besar Hujung Bandar, di sini hari ini.

Othman Kasim, 47, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, berdasarkan maklumat, kejadian dilaporkan berlaku pada 6 petang ketika mereka bergotong-royong.

Katanya, ketika arwah dan sepupunya berusia 42 tahun sedang menarik pokok itu untuk ditebang, tiba-tiba dahan patah dan terkena kepala mangsa.

"Mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri sebelum penduduk kampung menghubung ambulans untuk bantuan.

"Dia disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada 6.40 petang. Mayat dihantar ke Hospital Sik untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdull Razak berkata, hasil siasatan tdak menemui sebarang unsur khianat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.



Disiarkan pada: Disember 25, 2023 @ 10:35pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.052553 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list