CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34293|Reply: 0

[SEJARAH] Macam Mana Marco Polo Boleh Jumpa Kublai Khan?

  [Copy link]
Post time 25-12-2023 05:56 PM | Show all posts |Read mode
Macam Mana Marco Polo Boleh Jumpa Kublai Khan?



Pernah tak korang tengok siri Netflix Marco Polo? Siri tu diadaptasi daripada kisah sebenar Marco Polo yang ditulis dalam “The Travels of Marco Polo.” Dua watak penting dalam siri tu ialah Marco Polo dan Kublai Khan, tau tak korang macam mana 2 watak penting dalam sejarah ni boleh bertemu?


Pada 1271, Marco Polo bersama bapanya Niccolo dan pakciknya Maffeo mulanya ingin berdagang batu permata dan rempah ratus dari Venice dan berlayar ke Acre dan berlabuh untuk menaiki kuda di Hormuz, Parsi. Mereka tinggal selama beberapa bulan di Acre dan berhubung dengan Paus Tedaldo Visconti of Piacenza.

Apabila Paus baru dipilih, mereka ke Jerussalem dan kemudiannya diamanahkan untuk mengutus surat untuk Khan Agung. Mereka melalui timur tengah dan laluan sutera sehingga tiba di istana Kublai Khan di Shangdu.

Kublai Khan kagum dengan kebijaksanaan Marco yang ketika itu berumur 21 tahun. Marco handal dengan pelbagai bahasa dilantik Kublai menjadi utusan atau diplomat asing ke India dan Burma. Marco juga dihantar untuk misi diplomatik di seluruh empayar Mongol dan Asia Tenggara.

Kublai Khan juga berminat belajar tentang adat dan tradisi wilayah-wilayah yang dilawati Marco Polo. Beliau meminta keluarga Polo tinggal di China dan berkhidmat sebagai duta beliau ke barat. Marco Polo tinggal di dalam wilayah empayar Mongol selama 17 tahun.

Marco Polo habiskan beberapa tahun di istana untuk belajar adat tempatan, budaya dan bahasa. Kublai mulanya tak bagi keluarga Polo pulang ke Eropah sebab mereka sangat berguna buat Kublai. Tapi akhirnya pada 1291, mereka dibenarkan pulang dengan melakukan misi terakhir untuk menemani puteri Kököchin yang akan jadi permaisuri Arghun Khan di Parsi. Setelah tamat misi, mereka mengembara ke Konstantinople dan pulang ke Venice pada 1295.

Setelah 24 tahun, mereka berjaya mengembara hampir 15 ribu batu dengan membawa pulang harta kekayaan yang sangat banyak. Marco Polo menulis sebuah buku yang dikenali sebagai “The Travels of Marco Polo” yang menceritakan perjalanannya ke timur dan kehidupannya di istana Kublai Khan.
Oleh: Azizul Farhan

Sumber:https://thepatriots.asia/macam-m ... -jumpa-kublai-khan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.074798 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list