CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19554|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 33,996 saman ubah suai ekzos dikeluarkan sejak Januari

[Copy link]
Post time 25-12-2023 05:10 PM | Show all posts |Read mode

FOTO ARKIB NSTP

Kuala Lumpur: Sebanyak 43,157 saman atas pelbagai kesalahan ubah suai motosikal dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di seluruh negara sejak Januari hingga November.

Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, kesalahan ubah suai ekzos mencatatkan jumlah tertinggi sebanyak 33,996 saman.

"Diikuti kesalahan ubahsuai struktur dan kelengkapan 9,106 saman, ubah suai struktur dan peralatan (52) serta ubah suai penggunaan kenderaan (tiga).

"Kesalahan mengubahsuai speksifikasi kenderaan terutamanya motosikal boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah Lalulintas LN170/59," katanya hari ini.



Menurutnya, tindakan mengubahsuai spesifikasi atau struktur motosikal bukan sahaja mendatangkan bahaya kepada diri sendiri malah ia merisikokan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Katanya, operasi motosikal antara lapan operasi penting yang dijalankan secara berkala oleh JSPT.

"Ia dilaksanakan berdasarkan statistik kemalangan yang membabitkan motosikal," ujarnya.

Justeru itu, kata Mohd Azman, JSPT akan terus melaksanakan penguatkuasaan ke atas motosikal bagi menjamin keselamatan penunggang dan pengguna jalan raya yang lain.

"Ia dilaksanakan berdasarkan statistik kemalangan yang membabitkan motosikal," ujarnya.

"JSPT mengharapkan ibu bapa supaya memantau dan menegur anak mereka yang mengubah suai spesifikasi motosikal kerana ia adalah kesalahan lalu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... arkan-sejak-januari
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.051994 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list