CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26341|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] JIM nafi dakwaan kebanjiran pelancong China di lapangan terbang

[Copy link]
Post time 24-12-2023 04:37 PM | Show all posts |Read mode

RAKAMAN video berdurasi 17 saat menunjukkan keadaan sesak dengan orang ramai yang didakwa berlaku di lapangan terbang antarabangsa di negara ini yang tular di media sosial.

Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan dakwaan kononnya berlaku kebanjiran pelancong warga China di lapangan terbang antarabangsa di negara ini seperti ditularkan di media sosial.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata, pihaknya mengesan video tular yang mendakwa berlaku kesesakan di lapangan terbang akibat dibanjiri pelancong warga China.

Beliau menegaskan bahawa rakaman itu adalah video lama yang berlaku pada 2022 di Dewan Bas, Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Johor Bahru, Johor.

"Ia adalah semasa pintu masuk negara mula dibuka selepas sekatan pergerakan rentas sempadan akibat Covid-19 ditamatkan.



"Video itu dirakam semasa pergerakan masuk rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura.

"JIM juga ingin menafikan bahawa rakaman terbabit dibuat di lapangan terbang antarabangsa negara," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mengikut rekod, pergerakan keluar dan masuk di BSI secara purata adalah 250,000 orang pada hari biasa dan akan meningkat sekali ganda pada musim perayaan.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan dalam kalangan masyarakat.

"Sila layari portal rasmi dan akaun media sosial rasmi JIM untuk mendapatkan maklumat tepat serta terkini berkaitan jabatan ini," katanya.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 17 saat menunjukkan keadaan sesak dengan orang ramai yang didakwa berlaku di lapangan terbang antarabangsa di negara ini yang tular di media sosial.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... di-lapangan-terbang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.055872 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list