CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20740|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Musim cuti perayaan, ibu kota bertukar 'wajah'

[Copy link]
Post time 24-12-2023 04:29 PM | Show all posts |Read mode

Tinjauan warga asing di jalan Lebuh Pudu, Kota Raya dan Silang. FOTO Saifullizan Tamadi

Kuala Lumpur: Sempena cuti musim perayaan, warga asing mengambil peluang keluar beramai-ramai bersiar-siar di beberapa lokasi tumpuan di ibu negara, sekali gus mengundang perasan kurang selesa penduduk tempatan.

Beberapa lokasi seperti Pasar Seni, di sini, menjadi antara lokasi wajib pengunjung tempatan, pelancong dan pekerja warga asing untuk bersantai bersama rakan senegara atau menghabiskan masa sempena cuti umum.

Tinjauan di Lebuh Pudu dan Kota Raya juga mendapati lokasi itu menjadi tumpuan warga asing dipercayai Filipina, Bangladesh dan Indonesia yang turut membuka gerai menjual makanan dan minuman.

Pekerja swasta, Sadrina Ismail, 32, berkata, dia yang selalu datang ke Pasar Seni sudah lali dengan kehadiran warga asing yang turut menjadikan lokasi berkenaan sebagai tempat 'melepak' terutama hari minggu dan cuti umum.



Menurutnya, situasi berkenaan sudah berlaku sejak sekian lama menyebabkan penduduk tempatan sudah terbiasa namun hakikatnya ia tetap mengundang rasa kurang senang dengan tindakan warga asing berkenaan yang suka berbuat bising.

"Mahu buat macam mana sebab situasi seperti ini memang sudah menjadi perkara biasa dan di Pasar Seni ramai warga Bangladesh dan Myanmar yang akan berjalan bersama rakan dalam kumpulan seramai empat hingga lima orang.

"Mereka memang tidak mengganggu kita tetapi apabila berada dalam kumpulan dan berkumpul, saya selalu perhatikan mereka akan bersembang dalam suara agak kuat yang terasa bising serta boleh mengganggu persekitaran juga," katanya.

Katanya, dia berharap pihak berkuasa terus meningkatkan rondaan kerana baginya kawasan berkenaan seperti negara asing apabila musim cuti, malah ada yang berani berniaga seperti di beberapa kawasan.

Penuntut universiti, Diana Kamarulzaman, 24, turut berasa kurang senang dengan kehadiran pekerja warga asing di lokasi tumpuan yang suka membuat bising selain turut berasa kurang selamat dengan kehadiran komuniti berkenaan.

Katanya, lebih menjengkelkan apabila kumpulan warga asing berkenaan memerhatikan penduduk tempatan seolah-olah orang tempatan memasuki kawasan mereka sedangkan mereka hanya datang ke negara ini untuk bekerja.

"Apabila cuti saya selalu pergi ke kawasan tumpuan seperti Bukit Bintang dan perhatikan memang ramai warga asing terutama Bangladesh, Myanmar dan Rohingya bukan saja pada cuti umum, malah hari minggu juga.

"Rimas juga dengan lambakan warga asing kerana bukan saja membabitkan kebersihan diri, malah mereka juga kadang-kadang buat bising dan selalu perhatikan kita seperti kita masuk kawasan mereka, malah ada juga anggap negara kita seperti negara dia dan tidak menghormati kita," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kota-bertukar-wajah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 11:30 PM GMT+8 , Processed in 0.361149 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list