CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25655|Reply: 0

[Tempatan] Jalan-jalan cari makan, pintu sempadan Malaysia-Thailand kembali meriah

[Copy link]
Post time 23-12-2023 10:38 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 24-12-2023 03:53 AM

ALOR SETAR – Cuti sekolah yang bermula sejak 15 Disember lalu menyaksikan pintu sempadan negara di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, dekat sini, mengalami ke­sesakan luar biasa sejauh beberapa kilometer.

Pengarah Imigresen Kedah, Mohd. Ridzzuan Mohd. Zain berkata, setakat kelmarin, seramai 78,301 pengembara keluar dan masuk menggunakan pintu sempadan tersebut.

Katanya, jumlah itu dijangka terus meningkat sepanjang musim cuti sekolah dan pe­rayaan Krismas hujung minggu ini.

Kesesakan ini berlaku di­sebabkan orang awam ingin habiskan masa cuti bersama keluarga. Biasanya mereka memilih untuk ke Hatyai yang dikatakan menjadi syurga makanan kepada pelancong Malaysia.

“Kesesakan ini dijangka terus meningkat sepanjang musim cuti sekolah dan perayaan Krismas nanti,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Bagi berdepan keadaan itu katanya, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sentiasa melakukan persediaan rapi untuk melancarkan urusan termasuk dengan membuka antara empat hingga enam kaunter kenderaan pada satu-satu masa, bergantung kepada keperluan.

“Dalam masa sama, saya menasihatkan orang ramai supaya sentiasa merancang waktu perjalanan dan menyemak dokumen diperlukan bagi mengelakkan berlaku sebarang kesulitan,” ujarnya.

Beliau dalam pada itu turut memaklumkan, jumlah pengembara yang keluar dan masuk ke negara ini di Kompleks ICQS Kota Putra, Durian Burung turut me­ningkat sepanjang cuti sekolah ini.

Katanya, sehingga semalam seramai 4,379 individu menggunakan laluan untuk keluar dan masuk melalui ICQS tersebut.

“Biasanya tidak ramai yang melalui ICQS Kota Putra tetapi sejak bermulanya cuti sekolah, jumlahnya meningkat. Mungkin ada dalam kalangan rakyat negara ini sanggup melalui jalan jauh sedikit untuk ke

Hatyai semata-mata bagi mengelak ke­sesakan di Bukit Kayu Hitam.

“Selain itu, ada juga dalam kalangan rakyat kita yang tinggal di utara tanah air menggunakan laluan ini sebagai jalan pintas ke Kelantan. Mereka akan keluar ke Thailand melalui ICQS Kota Putera dan masuk semula ke negara ini menerusi ICQS Rantau Panjang di Kelantan,” katanya.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Nak ‘Maintain’, Setahun Ratusan Ribu” – Aliff Syukri Menyesal Bina Rumah Besar
Raline“Nak ‘Maintain’, Setahun Ratusan Ribu
Views : 27520 Replies : 84
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 160936 Replies : 2452
Pelaburan RM250,000 tak sia-sia, nilai ‘rumah busuk’ Aiman Tino sudah meningkat
RalinePelaburan RM250,000 tak sia-sia, nilai
Views : 2409 Replies : 5
Risau bersendirian?
En.KyaireyRisau bersendirian?
Views : 3481 Replies : 17
Masak guna ajinomoto
budi_jentayuMasak guna ajinomoto
Views : 19928 Replies : 92
Hensem boy
CariMalayHensem boy
Views : 3763 Replies : 26
Tak Sangka Mengandung Time PKP
Lavender85Tak Sangka Mengandung Time PKP
Views : 3322 Replies : 28
Murung lepas bapa meninggal remaja usia 16 tahun maut terjatuh dari tingkat 16 kondo
RalineMurung lepas bapa meninggal remaja usia
Views : 17585 Replies : 7
Amira Othman terima notifikasi Fattah?
RalineAmira Othman terima notifikasi Fattah?
Views : 26009 Replies : 9
Jefri Nichol cacah tatu nama Ameera Khan pada jari
RalineJefri Nichol cacah tatu nama Ameera Khan
Views : 12397 Replies : 68

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.064308 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list