View: 11442|Reply: 13
|
Filem Arahan Aaron Aziz Akhirnya Masuk Panggung, Ada Sebab Peram 8 Tahun
[Copy link]
|
|
Selepas lapan tahun, filem arahan pertama pelakon Datuk Aaron Aziz berjudul Sayu Yang Syukur akhirnya bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 28 Disember ini.
Aaron berkata, karya itu berdepan pelbagai rintangan sebelum disebabkan pelbagai faktor termasuk tempoh suntingan yang lama selain wabak Covid-19 yang melanda dunia tiga tahun lalu.
"Selepas lapan tahun baru ditayangkan kerana kita mengambil masa agak lama untuk proses suntingan memandangkan versi asal terlalu panjang.
"Apabila sudah sedia hendak ditayangkan, negara di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19.
"Sebelum itu kita simpan dulu filem ini sebab tidak mahu ada pertembungan dengan genre sama di pawagam," jelasnya kepada mStar.
Aaron berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis tayangan perdana Sayu Yang Syukur pada malam Rabu lalu.
Aaron memberitahu selaku pengarah dan pelakon tidak mudah menggalas dua tugas tersebut selain terpaksa berdepan pelbagai rintangan menyiapkan filem tersebut.
Kongsi Aaron, sepanjang 60 hari penggambaran dia berada dalam keadaan tertekan selain tidak mendapat tidur yang cukup selain jarang dapat bertemu keluarga.
"Banyak cabaran sebagai pengarah, termasuk perlu berlakon dan menjaga set penggambaran.
"Sepanjang 60 hari penggambaran, saya dalam keadaan tertekan, tidak cukup tidur malah tidak dapat bertemu anak-anak," kongsinya.
Antara cabaran lain kata Aaron adalah memberi warna kepada wataknya iaitu Qudaim agar ia tidak kelihatan mirip dengan peranan romantik pernah di bawa sebelum ini.
"Watak 'gila' Qudaim saya tambah sendiri sebab saya sebagai pengarah boleh mengolah skrip sebab mahu tunjukkan kelainan agar jalan ceritanya berbeza.
"Saya sudah berlakon dalam banyak filem dan drama romantik. Jadi saya mahu beri kelainan tanpa terlalu memfokuskan suasana romantis terlalu banyak.
"Dalam filem ini, 90 peratus babak dramatik dan selebihnya sahaja romantik," jelasnya.
Filem ini mengisahkan tentang Liana yang dilakonkan Nora Danish terlibat dalam kemalangan semasa pulang ke kampung dan ditemui Qudaim (Aaron).
Pertemuan tersebut menjadi satu permulaan baharu buat Liana apabila maruahnya tercalar sekali gus bimbang sekiranya nama baik keluarganya turut terjejas.
Selain Aaron, Sayu Yang Syukur ini turut dibintangi Nora Danish, Arja Lee, Fairi Khalil, Datuk Ahmad Tamim Siregar, Raja Emma dan ramai lagi.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Lama nau dijerukkan filem tu. Pelakon pon dah makin kertu. Maybe dia nak cuba juga tayangkan compared dgn simpan sahaja. At least ada la income skit. Cuma xtau la dpt collection nya berapa nanti
Nanti jual cite kat netflix, viu ka or apa2 online platform. Dpt duit lg |
|
|
|
|
|
|
|
Sooo 10 years ago punya genre. Zaman2 ombak rindu, Nora elena. Kena rogol pastu kahwin dgn perogol. Hero perogol balik2 aaron |
|
|
|
|
|
|
|
sinopsis mcm best...
tapi malasla letak high expectation... |
|
|
|
|
|
|
|
aku masih tak mampu nk bazirkan duit tiket wayang hanya utk cerita melayu.. penah tgk Nur Kasih, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Tombiruo je.
lagipun cter 8 tahun lps, mcm dah hbs musim je bak kata @Mademoisellee genre zmn 10 tahun dulu. zmn2 cter cintah Nora Elena ngn Ombak Rindu sudah berlalu |
|
|
|
|
|
|
|
xhabis2 berlagak kalau bg statement. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada lg ke org yg nk tgk crita2 mcm ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Filem genre gini masuk TV je lahhh... |
|
|
|
|
|
|
|
Cuti sekolah ni. Nak kena masuk cinema ke. |
|
|
|
|
|
|
|
cerita 8 tahun dulu rupanyaagak2nya boleh laku tak sekrang ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
Sendu sangat nama tajuk pun |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok pelakon, synopsis semua so yesteryears. Kalau ada orang pergi menonton bersyukur je lah |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan dewa sayu yang berlakon..hahahahahhaha |
|
|
|
|
|
|
| |
|