View: 20825|Reply: 0
|
FAM, bila nak jawab surat TFC?
[Copy link]
|
|
FAM, bila nak jawab surat TFC?
PENGERUSI Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim (tengah) bersama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil (tujuh kiri) ketika Kongres PBSNT 2023 di Taman Tamadun Islam. FOTO Ghazali Kori
Kuala Terengganu: Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd masih menanti jawapan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung bantahan kelab itu mengenai mutu pengadilan aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 8 Disember lalu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Sabri Abas berkata pihaknya menghantar surat bantahan rasmi kepada FAM berkaitan isu tersebut, akan tetapi sehingga sekarang masih belum mendapat maklum balas secara rasmi.
Jelas Mohd Sabri, walaupun surat bantahan itu tidak mampu mengubah keputusan, namun sekurang-kurangnya pihaknya dapat mengetahui jawapan daripada badan induk bola sepak negara itu bagi tujuan penambahbaikan.
Pada aksi final trofi paling berprestij dalam negara itu yang memihak kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) 3-1, pengadil S Logeswaran menjadi sasaran penggiat sukan termasuk peminat setia TFC apabila beberapa keputusan dibuatnya dilihat berat sebelah dengan memihak kepada skuad Harimau Selatan itu.
"Pihak kami sudah menghantar surat bantahan mengenai ketidakpuasan mutu pengadilan Logeswaran kepada FAM tiga hari selepas tamat perlawanan Piala AFC
."Namun setakat ini pihak kami belum lagi menerima apa-apa maklum balas daripada FAM, tapi dalam 'page' FAM sendiri ada menyebut mengenai kelemahan mutu pengadilan dalam perlawanan final itu.
"Kita harap pihak FAM dapat memberikan jawapan seberapa segera bagi tujuan penambahbaikan mutu pengadilan dan bola sepak negara," katanya pada sidang media selepas Kongres Tahunan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) di Taman Tamadun Islam, petang tadi.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... nak-jawab-surat-tfc
|
|
|
|
|
|
|
| |
|