View: 9910|Reply: 18
|
Syafiq Farhain Tolak Jadi Vokalis Iklim Ganti Arwah Saleem
[Copy link]
|
|
Biarpun direstui peminat, penyanyi Syafiq Farhain menolak tawaran untuk menggantikan bapanya, Allahyarham Saleem sebagai vokalis kumpulan Iklim.
Menurut Syafiq atau nama sebenarnya, Nursyafiq Farhain A.M Salim, 29, kumpulan Iklim pernah menawarkan posisi vokalis tetap kepadanya sebelum ini, namun terpaksa menolaknya kerana komitmen kerja sebagai anggota bomba.
Foto: IG
“Memang benar sebelum ini kumpulan Iklim ada mengajak saya untuk menyertai Iklim sebagai vokalis tetap mereka.
“Tawaran itu merupakan satu penghormatan untuk saya untuk meneruskan legasi arwah bapa. Tetapi selepas berfikir panjang saya terpaksa menolak kerana bimbang tidak dapat beri komitmen sepenuhnya.
“Sekarang saya masih bekerja sebagai anggota bomba dan itu keutamaan saya. Selain, saya juga sibuk dengan karier sebagai penyanyi solo,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.
Jelas Syafiq yang popular dengan lagu Sayang Maafkan Aku itu, keputusan tersebut juga diambil kerana nama Syafiq Farhain sudah dikenali ramai.
“Peminat sudah kenal saya dengan nama Syafiq Farhain, jika saya sertai kumpulan Iklim saya harus buang nama Syafiq Farhain dan gunakan Syafiq Iklim.
“Rasa sayanglah usaha keras saya selama ini hilanh begitu sahaja. Jadi, lebih baik saya bergerak secara solo,” ujar Syafiq.
Sungguhpun begitu, Syafiq tidak menolak untuk bekerjasama dengan kumpulan Iklim dalam projek khas. Bahkan tahun depan, dia akan muncul dengan dua buah lagu baharu bersama kumpulan rock legenda era 1990-an itu.
“Saya tidak ganti arwah bapa atau abang Azmani sebagai vokalis Iklim, sebaliknya hanya menjayakan kerjasama bersama mereka mengikut projek. Kiranya Iklim feat Syafiq Farhain.
“Rasanya cara itu lebih sesuai, peminat dapat menyaksikan saya bersama Iklim tetapi dalam masa sama saya tidak terikat dengan mereka,” kongsi Syafiq.
Syafiq diminta mengulas tentang khabar angin bertebaran dalam aplikasi TikTok bahawa dia akan menyertai kumpulan Iklim.
Desas-desus itu mengundang pertanyaan berikutan band tersebut sudah mempunyai vokalis, Azmani atau Mohd. Azmani Mohd. Isa.
Dalam pada itu Syafiq turut memberitahu, pelancaran single solo terbaharunya akan ditunda untuk memberi laluan kepada projek bersama kumpulan Iklim dan beberapa projek lain.
“Lagu solo baharu saya telah lama siap, memang perancangannya mahu dilancarkan pada tahun ini tetapi disebabkan banyak projek lain yang berjalan jadi terpaksa ditunda dahulu,” kata Syafiq.
Karier seni Syafiq bermula selepas dia meraih gelaran naib juara program Big Stage musim pertama pada 2018.
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 21-12-2023 03:07 PM
Dapnyehhhh
Xde "semoga" ke? Utk x offtopic, maktiri pendekar bugis johor kan x restu dulu. Suh la anak dia ganti arwah saleem. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedappppppnyer... Anyways wise moved!
Kang nanti mak tiri menyalak turun dari pokok!
|
|
|
|
|
|
|
|
Brilliant decision sapiq. Ada pencen kan. Lagi 1 kija yang banyak manfaat pahala. |
|
|
|
|
|
|
|
Wpon dia dlm kategori katik, dia pandai posing separuh badan nak menunjukkan kononnya dia tingi, bwetoi tak? ekekekek
Anyhoo, bagus tindakan dia ni, collab hanya utk projek khas bukan kekal sbg vokalis Iklim.
|
|
|
|
|
|
|
|
Suara arwah saleem lg sedap dari ank dia nih…sapig lebih ke sengau2 basah…kalo dia masok iklim sure la mak tiri puaka julia bacol meroyanggg…. |
|
|
|
|
|
|
|
ye, heols katik ye...mcm arwah apak dia... pernah jumpa bnyk kali event.
meols 165, heols bawah lagi maybe 160 kot minima masuk bomba... badan heols lean solid, tu yg amik gmbr nmpk tinggi kot..pastu selalu gmbr half body & zoom. Btw, heols always berbau sangat wangi & clean ye.. walaupun pakai uniform dah peluh2 tu... emmmmpphh dappp!
|
|
|
|
|
|
|
|
rosevelvet replied at 21-12-2023 03:24 PM
Xde "semoga" ke? Utk x offtopic, maktiri pendekar bugis johor kan x restu dulu. Suh la anak dia ga ...
Kesedapan sapik belum capai tahap utk semoga. Tapi kalau sapik hulur, kurex tadah je |
|
|
|
|
|
|
|
bagus la dia tolak
nanti karang memacan issue mak tirrrrr |
|
|
|
|
|
|
|
Good thinking dek sapik.
Depa² tu full time musicians.
Carik mkn hadap shows.
Hg pulak nyanyi ni side income jah.
Matlamat xsama. |
|
|
|
|
|
|
|
Tu lah, rs faktor tu jgak la.. malas nak bising ngan pompuan tu |
|
|
|
|
|
|
|
Tindakan bijak. Utamakan kerjaya bomba. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus dik sapik..keja tetap tiap bulan dpt duit..pencen lagi nanti dah tua2 senang.. |
|
|
|
|
|
|
|
bagusla tak berhenti dari bomba.
risiko tinggi juga kalau jadi full time artis ni lagi lagi iklim dah berusia
tapi apa hak mak tiri dia nak halang syafiq jadi vokalis IKLIM.
IKLIM tu bukannya milik Saleem sorang.
|
|
|
|
|
|
|
|
prince_marhaen replied at 21-12-2023 04:51 PM
ye, heols katik ye...mcm arwah apak dia... pernah jumpa bnyk kali event.
meols 165, heols bawah la ...
Uish series lah?so Osama ank Jamal tu pendek jugak ke?sebab ada gmbar theyol in one frame sama tinggi je.Video dengan Sharnaz dgn Hyunbil ke ape ntah tu macam sama je level. |
|
|
|
|
|
|
|
Oklah xjoin iklim sebab dia ni retis paling sengau.. x sama pun suara saleem. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok la ft. pun, sendiri bina nama dan kerjaya sendiri. Dia pun dikenali dgn nama dia bukan sapik saleem |
|
|
|
|
|
|
| |
|