View: 10601|Reply: 23
|
Hambur Kata-Kata Kesat Kepada Pegawai Kanan Polis Didakwa Bunuh Zaharif, Caprice Dipanggil Ke IPD Dang Wangi
[Copy link]
|
|
Caprice diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi Kuala Lumpur pada petang Khamis.
Menurut Caprice atau Ariz Ramli, 35, arahan itu susulan tindakannya memuat naik video reaksi berhubung insiden seorang pelajar maut dilanggar pada 15 Disember lalu melibatkan seorang pegawai kanan polis.
Foto: IG
"Salam guys, Cap (panggilan Caprice) dipanggil untuk pergi ke IPD Dang Wangi pada pukul 2 petang tentang video viral di TikTok berkenaan mamat polis yang langgar budak sekolah," katanya.
Caprice memaklumkan perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya.
Sebelum ini, Caprice memuat naik sebuah video tentang insiden tersebut dan menggelar anggota polis berkenaan menggunakan kata-kata kesat.
"Seorang yang ada uniform biru, yang patut jaga keselamatan kita akhirnya menjadi seorang p****k dan bunuh budak sekolah," katanya.
Bagaimanapun Caprice menjelaskan video berkenaan sudah pun dipadam selepas ia dianggap melanggar garis panduan kandungan di media sosial.
Terdahulu mangsa Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, maut selepas didakwa dilanggar seorang pegawai kanan polis berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Ipoh.
Sebelum kejadian, konflik dikatakan tercetus antara mangsa dan suspek susulan tindakan remaja tersebut membuat bunyi bising menggunakan ekzos motosikalnya.
Hasil bedah siasat mendapati Allahyarham meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian dada dan abdomen.
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kepayang Luar, Ipoh.
Sementara itu, pegawai polis kanan tersebut, Mohd Nazri Abdul Razak, 44, yang berpangkat Deputi Superintendan dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin lalu atas tuduhan membunuh.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.
Mahkamah menetapkan 7 Februari 2024 bagi sebutan semula kes. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
dah tau public figure g komen isu panas ngaper. lenkali jadi anon. sbb public figure mestilah jadi mcm ko leh influence org. kalau komen as acik2 porum, ia dikira merempan ajer. sapo yg nk dngar ckp acik acik |
|
|
|
|
|
|
|
Aku benci topinasi ni.jenis jantan mulut perempuan.kepoh padahal hati tisu.acah2 pejuang.menyampah |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nak menyumpah org, buat blkg2 dah la
Ni pergi publish gitu, elok pun polis pgl, bodoh sgt |
|
|
|
|
|
|
|
sukacactus replied at 21-12-2023 04:14 PM
Kalau nak menyumpah org, buat blkg2 dah la
Ni pergi publish gitu, elok pun polis pgl, bodoh sgt
iols masih tunggu benda2 yg dia propa berjanji, xde pon dia bagi kat orang? |
|
|
|
|
|
|
|
satu lagi jangan lupa slang dia tu.... meluatttt...
agak2 dia boleh cakap elok2 tak ya kalau di panggil polis tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah semua kau nak kacau...semua kau nak ulas...polis tu kan baru kena tahan...nak masuk court bulan Feb ni...sabar jap boleh tak. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni mmg kebulur attention & dah kering idea nk cari content |
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree replied at 21-12-2023 05:33 PM
iols masih tunggu benda2 yg dia propa berjanji, xde pon dia bagi kat orang?
Pungpang je lebih dia ni
Yg kata nak bagi kete dia tu ye, takde pun kan |
|
|
|
|
|
|
|
sukacactus replied at 21-12-2023 08:01 PM
Pungpang je lebih dia ni
Yg kata nak bagi kete dia tu ye, takde pun kan
Tu lah. Yang nak belanja orang shopping kat Mydin ada ke dia buat? Bagi minyak kali ke2 pun tak buat. |
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka topinasi
Mulut mengalahkan ppuan
Dgn bini takut |
|
|
|
|
|
|
|
sukacactus replied at 21-12-2023 05:14 PM
Kalau nak menyumpah org, buat blkg2 dah la
Ni pergi publish gitu, elok pun polis pgl, bodoh sgt
sama jugak mcm kes kaka azraff.. somehow iols agree jgk dgn zizan.. “kalo nak buat sesuatu tu jgn smpi merosakkan karier”.. lesson learn for everyone.. |
|
|
|
|
|
|
|
Over nya lah manat ni. Turn off betul. |
|
|
|
|
|
|
|
YomiuriLandMae replied at 21-12-2023 11:40 PM
sama jugak mcm kes kaka azraff.. somehow iols agree jgk dgn zizan.. “kalo nak buat sesuatu tu jgn ...
Ye betul, setuju |
|
|
|
|
|
|
|
Nk "tunjuk" marah tu biar berpada.
Jgn sampai masuk pasir kt periuk nasi sendiri.
Konon2 terpaling, kan dah kene panggil.
Frankly, aku x rase mamat ni amik berat sgt pun pasal semua2 isu yang die up kan.
Die just nak upkan diri sendiri je
Sekian sahaja dari saya, terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
Beria . Siap ngaku nk jd waibi nt |
|
|
|
|
|
|
|
Bila orang tak berpelajaran bersuara
Air liur ajelah jadi penyedap cerita
Niat tu dah betul
Tapi cara tu macam baghal sikit |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni kalau bergambar mesti nak mendongak |
|
|
|
|
|
|
|
Apa kerjaya dia sebenarnya eh,, |
|
|
|
|
|
|
| |
|