CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12547|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bas percuma di Pulau Pinang diteruskan tahun depan

[Copy link]
Post time 20-12-2023 04:48 PM | Show all posts |Read mode
Bas percuma di Pulau Pinang diteruskan tahun depan

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
20 Disember 2023 12:04pm




Perkhidmatan bas percuma di Pulau Pinang akan diteruskan pada tahun depan.



GEORGE TOWN - Perkhidmatan pengangkutan awam di bawah seliaan bas Rapid Penang dengan penggunaan Pas Mutiara akan kekal percuma di seluruh negeri ini pada tahun hadapan.

Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital, Zairil Khir Johari berkata, Kerajaan Pulau Pinang telah bersetuju untuk meneruskan pembiayaan Pas Mutiara pada tahun 2024 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM7.5 juta.



"Susulan daripada sambutan yang memberangsangkan, kerajaan negeri akan meneruskan pemberian perkhidmatan pengangkutan awam di bawah seliaan bas Rapid Penang secara percuma kepada semua penduduk di negeri ini.

"Kerajaan Pulau Pinang merupakan satu-satunya kerajaan di negara ini yang membiayai sepenuhnya kos pengangkutan awam melalui penajaan Pas Mutiara.



"Inisiatif ini bagi menggalakkan rakyat untuk menukar mod pengangkutan daripada kenderaan persendirian ke pengangkutan awam serta mengurangkan kos sara hidup rakyat," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Kata Zairil, tajaan tersebut telah memasuki tahun keempat dengan peruntukan sebanyak RM16.5 juta sepanjang tiga tahun lalu.

"Program penajaan Pas Mutiara (pas perjalanan tanpa had) bermula sejak 1 Mac 2021.

"Penggunaan Pas Mutiara sememangnya mendapat sambutan yang mana jumlah pembelian dan pembaharuan Pas Mutiara kian meningkat dan bilangan penumpang juga memberangsangkan setiap bulan," katanya.


Menurut beliau, kerajaan negeri percaya pembiayaan Pas Mutiara mampu menjadi pemangkin bagi menarik lebih ramai penduduk Pulau Pinang khasnya mereka yang mempunyai kenderaan persendirian untuk beralih kepada pengangkutan awam.

"Secara tidak langsung, dengan penajaan langganan Pas Mutiara My50 ini juga, pengguna bakal meraih penjimatan kos seperti petrol, parkir dan tol yang jauh lebih tinggi setiap bulan," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.169248 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list