CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13523|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Saya terkilan tak dapat iringi perjalanan akhir ibu'

[Copy link]
Post time 20-12-2023 03:55 PM | Show all posts |Read mode
'Saya terkilan tak dapat iringi perjalanan akhir ibu'

20 Disember 2023  03:03pm



Gambar hiasan.



GEORGE TOWN - Seorang banduan bersyukur kerana diberikan peluang kedua untuk berubah selepas dibebaskan menerusi program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL).

Banduan berusia 25 tahun itu berkata, kehidupan selama tujuh bulan disebalik tirai besi memberi kesan cukup mendalam buat dirinya apatah lagi dia kehilangan ibu tercinta yang meninggal dunia pada Ogos lepas akibat jangkitan kuman pada paru-paru.



"Saya terkilan kerana tidak dapat mengiringi perjalanan akhir ibu dan hanya berkesempatan melihat melalui panggilan video dari dalam penjara.

"Saya pernah dipenjarakan pada 2016 atas kesalahan dadah dan ini kali kedua saya masuk ke sini (penjara).



"Kali ini saya betul-betul insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama,” katanya ketika ditemui di pekarangan Penjara Reman Pulau Pinang di sini pada Rabu.

Dia antara 11 banduan di penjara berkenaan yang dibebaskan menerusi pelepasan Orang Bebas Berlesen (OBB) di bawah program PBSL Ihsan Madani dan dia dijemput adiknya sebelum pulang ke rumah keluarga mereka di Permatang Pauh.

Anak ketiga daripada lima beradik itu berkata, dia yang sepatutnya bebas pada 9 Januari depan mahu memulakan hidup baharu dan bakal bernikah dengan tunangnya berusia 31 tahun selepas Hari Raya.

Menurutnya, dia juga mahu berbakti kepada bapa yang kini terlantar akibat strok selain menyambung pekerjaan lamanya sebagai pekerja landskap di Batu Kawan.


"Saya berasa amat bertuah dapat bebas lebih awal dan bersyukur kerana keluarga serta tunang masih dapat terima saya walaupun telah melakukan banyak kesalahan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Penguasa Penjara Pulau Pinang, Awang Azizzan Hasbi berkata, 11 banduan dibebaskan pada program hari ini, dengan lima daripada mereka diserahkan kepada keluarga, lima diserah kepada majikan manakala seorang lagi dihantar ke rumah perantaraan di Seberang Perai Selatan (SPS).



Beliau berkata dari Januari hingga Disember pula, sebanyak 149 banduan telah dibebaskan menerusi PBSL Ihsan Madani dan jumlah majikan yang terlibat pula adalah sebanyak 14 syarikat.

Katanya, pembebasan awal diberikan itu diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh banduan terbabit untuk kembali semula kepada masyarakat di samping mengubah menjadi insan yang lebih baik. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.062872 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list