|
KENNEDY meraikan jaringannya. FOTO REUTERS
Jeddah: Jhon Arias dan John Kennedy menjaringkan gol pada separuh masa kedua untuk memberikan pasukan Brazil, Fluminense kemenangan 2-0 ke atas wakil Mesir, Al-Ahly pada separuh akhir Piala Dunia Kelab di King Abdullah Sports City, awal pagi tadi.
Ia adalah pertemuan yang menarik, dengan Fluminense yang tampil agresif menguasai permainan tetapi sering berdepan serangan balas Al-Ahly.
Pemain sayap Colombia, Arias sentiasa memberikan ancaman dan dua daripada cubaannya hanya terkena tiang gol lawan.
Juara Afrika, Al-Ahly turut mensia-siakan beberapa peluang terbaik selepas menggunakan kelebihan aksi pantas Kahraba dan Percy Tau untuk melancarkan serangan balas.
Fluminense akhirnya berjaya memecah kebuntuan selepas bekas pemain pertahanan Real Madrid, Marcelo, yang menghadiakan sepakan penalti selepas dikasari.
Arias menyempurnakan sepakan penalti itu menewaskan penjaga gol lawan, Mohamed El Shenawy pada minit ke-71.
"Saya sentiasa cuba melakukan sesuatu yang berbeza. Saya sentiasa mahu mencuba sepanjang karier saya," kata Marcelo kepada TV Globo Brazil.
Ketika Al-Ahly cuba mendapatkan gol penyamaan, kelekaan mereka membawa padah apabila Fluminense mengambil kesempatan dengan pemain gantian, Kennedy menjaringkan gol kedua minit ke-89 menerusi satu serangan balas.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... l-piala-dunia-kelab |
|