CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7972|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Tiada arahan wajib suntikan dos penggalak - Fahmi

[Copy link]
Post time 18-12-2023 12:48 PM | Show all posts |Read mode

KKM tidak mewajibkan pelalian dos ketiga COVID-19. - Foto BH

KUALA LUMPUR: Tiada arahan yang mewajipkan rakyat Malaysia mengambil suntikan dos penggalak vaksin, susulan peningkatan kes COVID-19, seperti yang tular di media sosial ketika ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata Kementerian Kesihatan (KKM) buat masa ini menggalakkan pengambilan dos penggalak ketiga vaksin COVID-19, terutama bagi golongan rentan dan berisiko tinggi.

"Ini sedikit salah faham yang berlaku akibat media sosial. Sebelum kita sebar maklumat, tolong pastikan kandungan sebenar. Kadang-kadang antara tajuk dan isi kandungan agak berbeza, dan saya sarankan supaya kita teliti dahulu (kandungan)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan agensi berita Xinhua yang turut dihadiri Ketua Pengarang BERNAMA (yang juga menanggung tugas Ketua Pegawai Eksekutif), Nur-ul Afida Kamaludin.


Turut hadir, Pengerusi BERNAMA Datuk Seri Wong Chun Wai.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, beliau akan bertemu Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bagi memudahkan KKM berjumpa dengan ketua pengarang akhbar dan media dalam memperjelas isu berkaitan dos penggalak.

https://www.bharian.com.my/berit ... dos-penggalak-fahmi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 11:59 AM GMT+8 , Processed in 0.585481 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list