CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4961|Reply: 0

[Perak] Pegawai kanan polis didakwa bunuh Zaharif Affendi

[Copy link]
Post time 18-12-2023 12:24 PM | Show all posts |Read mode

Mohd. Nazri (tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini. - Foto IHSAN BERNAMA

IPOH – Pegawai kanan polis yang ditahan kerana disyaki melanggar pelajar lelaki tingkatan lima hingga maut di Jalan Taman Jati dekat Meru Jumaat lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini.

Tertuduh, Mohd. Nazri Abdul Razak, 44, didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Muhammad Zaharif Affendi Muhd. Zamrie, 17, di Jalan Taman Jati 1, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di dalam daerah Kinta antara pukul 12.05 hingga 12.40 tengah hari, 15 Disember 2024.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan atau penjara sehingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah dihukum sebat tidak kurang 12 sebatan.

Lelaki berpangkat Deputi Superintenden dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah itu mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S. Punitha. Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Azlina Rasdi bersama Khairul Azreem Mamat, Wan Azimah Yaacob, Afzainizam Abdul Aziz, Saiful Akmal Mod Said, Nasrul Hadi Abdul Ghani, Geetha Jora Singh dan Low Qin Hui manakala tertuduh diwakili peguam, Jacky Loi Yap Loong.

Terdahulu, Azlina memohon tarikh sebutan sementara menunggu laporan-laporan lain termasuk laporan kimia dan mahkamah kemudian menetapkan 7 Februari 2024 bagi sebutan semula kes.

Dalam kejadian Jumaat lalu sekitar pukul 12.30 tengah hari, seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut selepas dilanggar dan diseret sejauh lebih lima meter oleh kereta jenis Perodua Ativa dipandu seorang pegawai kanan polis.

Difahamkan, sebelum kejadian, berlaku insiden tidak puas hati melibatkan pemandu kereta berkenaan dengan mangsa kerana dikatakan membuat bunyi bising ekzos motosikal. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... uh-zaharif-affendi/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.279006 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list