View: 3079|Reply: 0
|
Arsenal kembali 'gayat' di puncak liga
[Copy link]
|
|
KAI Havertz menjaringkan gol kedua untuk Arsenal. FOTO AFP
London: Arsenal merampas kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas melakar kemenangan 2-0 ke atas Brighton namun Mikel Arteta menuntut penyudah lebih baik daripada pasukan yang sedang memburu kejuaraan itu.
Gabriel Jesus dan Kai Havertz menjaringkan gol pada separuh masa kedua di Stadium Emirates untuk tidak mensia-siakan persembahan dominan Arsenal.
Brighton hanya berjaya melakukan satu cubaan tepat tetapi Arteta kecewa kerana Arsenal mempunyai 16 peluang tetapi tidak dapat menembusi gawang lawan pada separuh masa pertama.
Arsenal akhirnya menemui jaringan menerusi gol sumbangan Jesus dari jarak dekat sebelum penyudah bijak Havertz memastikan tiga mata penuh untuk mereka.
"Kami mempunyai pemain hebat yang beruapaya untuk menjaringkan gol. Hari ini kami memerlukan pemain seperti itu terutamanya ketika mempunyai ruang yang sangat baik.
"Kami terpaksa bersabar tetapi pada masa sama kami perlu bersungguh-sungguh menentang pasukan lawan.
"Apabila anda meragui pasukan lawan, mereka akan mula mengecewakan anda dan menguasai bola. Tapi kami tidak membenarkan perkara itu berlaku.
"Kami menunjukkan kematangan dan kebijaksanaan. Perlawanan ini memerlukan pasukan untuk lebih bijak menangani asakan lawan," kata Arteta.
Arteta mengakui beliau bimbang dengan tahap kecergasan dan kecederaan dialami barisan pemainnya.
Pasukan London utara mempunyai kelebihan satu mata di hadapan Liverpool selepas The Reds seri tanpa jaringan dengan Manchester United, awal pagi tadi.
"Kami berdepan dengan beberapa masalah dengan Jorginho menambah kepada senarai itu," kata Arteta.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ayat-di-puncak-liga |
|
|
|
|
|
|
| |
|