CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12090|Reply: 0

[Perak] Ujian air kencing pegawai polis kes langgar pelajar negatif

[Copy link]
Post time 17-12-2023 01:03 PM | Show all posts |Read mode

Mohd. Yusri.

IPOH – Hasil ujian saringan air kencing pegawai kanan polis yang terlibat dalam kes langgar pelajar lelaki tingkatan lima di Jalan Taman Jati kelmarin, disahkan negatif dadah.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, pegawai kanan berpangkat Deputi Superintendan berusia 44 tahun itu menjalani ujian berkenaan sejurus ditangkap pada hari kejadian.

Katanya, keputusan ujian saringan itu menepis dakwaan tular yang menuduh pihak polis tidak mengambil sampel air kencing suspek untuk pemeriksaan.

“Tuduhan itu tidak benar, berdasarkan ujian air kencing yang dilakukan suspek didapati negatif dadah.

“Kita juga telah mengambil sampel darah suspek dan kini sedang menunggu keputusan ujian darah yang dilakukan pihak patalogi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Mohd. Yusri, setakat ini, tujuh orang saksi bebas telah pun memberi keterangan dan beliau memohon lebih ramai lagi saksi yang melihat kejadian itu untuk tampil membantu siasatan.

“Saya baca semua dakwaan yang tular di media sosial kononnya pihak polis akan melindungi suspek kerana dia pegawai kita. Tuduhan itu fitnah dan tidak benar sama sekali.

“Sebab itu, kita minta orang ramai yang ada maklumat untuk bantu kita buat siasatan, kita mahu beri keadilan bukan sahaja kepada mangsa tetapi semua pihak,” katanya.

Terdahulu, seorang pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintenden dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah direman tiga hari bagi membantu siasatan kes langgar dan seret pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... ar-pelajar-negatif/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 11:28 AM GMT+8 , Processed in 0.808075 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list