View: 6315|Reply: 0
|
JDT buktikan mereka bukan 'kaleng-kaleng', cetak 100 gol musim ini
[Copy link]
|
|
JDT meraikan kejayaan merangkul `doublequadruple' dua musim berturut-turut.
Johor Bahru: Bukan sahaja merangkul `double quadruple' dua musim berturut-turut selepas menyapu bersih Piala Sumbangsih, Piala FA, Piala Malahysia dan terakhir Piala Liga Super malah Johor Darul Ta'zim (JDT) melakar sejarah dalam kancah bola sepak domestik apabila menjaringkan 100 gol sepanjang 26 perlawanan pada saingan Liga Super musim ini.
Kejayaan menakjubkan itu tidak akan berhasil tanpa individu di belakang tabir yang iaitu pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang diibaratkan `maestro' bola sepak tanah air tatkala bijak mengatur perancangan yang begitu teliti buat skuad bergelar Harimau Selatan.
Malah pengendali JDT Esteban Solari yang semusim bersama skuad Harimau Selatan mengakui kepintaran Tunku Ismail membentuk pasukan itu amat luar biasa dan sentiasa memberi kata-kata perangsang bagi memastikan segala dirancang mampu menjelmakan kejayaan.
"Amat senang bekerja di bawah 'Boss' (Tunku Ismail) yang begitu bersemangat membentuk pasukan bola sepak dan sentiasa menjadi tulang belakang kepada kami dan kehadiran saya ke sini bagi meningkat lagi kualiti mereka lebih tinggi dan hasil kerja keras itu maka kami menang empat piala musim ini.
"Saya gembira dengan kehadiran penyokong malam ini (malam tadi) kerana menyuntik lagi semangat kepada setiap pemain bagi memperaga aksi terbaik menentang Penang FC sehingga menang 8-0 dalam perlawanan terakhir liga.
"Sepanjang saingan liga, pemain kerap tampil dengan disiplin tinggi dan beraksi secara profesional malah tidak pernah memandang rendah pasukan lawan serta akan beri komitmen tinggi dalam 26 perlawanan yang diharungi," katanya.
Mengenai keupayaan JDT menjaringkan 100 gol menerusi jaringan penalti Arif Aiman Hanapi pada minit akhir permainan, pengendali kelahiran Argentina itu mengakui dirinya belum pernah berpengalaman sama ada bermain di Liga Argentina, Eropah dan China sekali gus ia sesuatu yang cukup gemilang sebagai penutup saingan Liga Malaysia (Liga M).
"Itu jaringan hanya dalam saingan liga, belum lagi mengambil kira aksi dalam Piala FA dan Piala Malaysia. Ia pencapaian yang menakjubkan malah belum pernah mana-mana kelab semasa saya menjadi pemain menghasilkan 100 gol.
"Saya tidak pernah jangka dapat kejayaan ini pada tahun pertama bersama JDT. saya ke sini dengan niat mahu membantu kelab ini menjadi lebih baik dan kompetitif. Kami jaringkan 100 gol dan bolos hanya tujuh gol, ia pencapaian hebat," kata Solari.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... k-100-gol-musim-ini |
|
|
|
|
|
|
| |
|