CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5845|Reply: 0

[Kedah] Suri rumah meninggal ketika bersolat

[Copy link]
Post time 17-12-2023 10:06 AM | Show all posts |Read mode
Suri rumah meninggal ketika bersolat


Zuliaty Zulkiffli - Disember 17, 2023 @ 9:47am  [email protected]




Kakitangan dan tetamu hotel membantu menguruskan jenazah wanita yang meninggal dunia ketika solat Asar di surau hotel di Sungai Petani, Kedah, semalam. - FOTO IHSAN PEMBACA




SUNGAI PETANI: Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia ketika menunaikan solat Asar di surau sebuah hotel, di sini semalam.

Kejadian disedari suami wanita itu yang terdengar jeritan dari surau berkenaan memaklumkan ada 'orang jatuh'.

Lelaki terbabit yang berada di surau lelaki bersebelahan kemudian bergegas ke surau wanita dan mendapati isterinya, Latifah Yusof, 65, dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata pihaknya menerima panggilan daripada kakitangan hotel memaklumkan kejadian itu dan anggota tiba di lokasi untuk melakukan pemeriksaan.

Beliau berkata, suri rumah berasal dari Perak itu bersama suaminya ke hotel terbabit untuk menghadiri majlis makan amal antara jam 3 hingga 6.30 petang.

"Hasil siasatan mendapati, pasangan itu tiba di hotel berkenaan pada waktu Asar dan terus ke surau hotel yang terletak di tingkat dua.

"Namun ketika suami wanita itu sedang menunaikan solat di surau lelaki, terdengar jeritan dari surau wanita memaklumkan ada orang jatuh menyebabkan dia bergegas ke situ dan mendapati isterinya dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri," katanya hari ini.

Zaidy berkata, pihak hotel kemudian menghubungi ambulans sebelum dimaklumkan wanita itu sudah meninggal dunia.

Katanya, berdasarkan keterangan suami wanita itu, isterinya mengadu tidak sihat dan sering tidur sepanjang perjalanan mereka ke sini.

"Dia juga memaklumkan isterinya sebelum ini mempunyai rekod penyakit darah tinggi, pernah menghidap angin ahmar dan mendapat rawatan di Hospital Ipoh.

"Wanita itu dikatakan mahu mengikut suaminya ke majlis di hotel terbabit kerana ingin bertemu anak-anak mereka di Sungai Petani sejurus selepas majlis berkenaan. Hasil siasatan polis mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan mati mengejut," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.177814 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list