CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12922|Reply: 1

[Dunia] Saham Pfizer susut teruk

[Copy link]
Post time 17-12-2023 06:23 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 17-12-2023 12:39 PM

Ramalan keuntungan untuk syarikat Pfizer dijangka akan terus jatuh atau hanya mendatar pada tahun hadapan. Syarikat itu menjangkakan pendapatan kasar berjumlah $58 bilion hingga $61 bilion untuk tahun ini.

Pfizer menjangkakan pendapatan $5 bilion hasil daripada vaksin Covid dan $3 bilion daripada pil antivirus Paxlovid, serta $8 bilion lagi untuk produknya yang lain berbeza dengan ramalan bagi tahun 2024.

“Dengan menjangkakan kadar vaksinasi tiada kenaikan dan jangkitan Covid akan berubah di tahun 2024 berbanding tahun ini, untuk vaksin Comirnaty dan ubat Paxlovid kami meramalkan jumlah pendapatan yang rendah,” kata CFO Pfizer Dave Denton kepada pelabur pada Rabu, merujuk kepada produk vaksin Covid keluarannya.

Syarikat farmaseutikal gergasi itu juga meramalkan nilai saham didagangkan $2.05 hingga $2.25 se-unit, berbeza dengan angka $3.16 oleh penganalisa saham.

Saham syarikat susut hampir 7% pada hari Rabu, mencecah paras terendahnya untuk tempoh 10 tahun berikutan pengumuman itu.

Pfizer susut hampir 50% untuk tahun ini dan didagangkan rendah berbanding ketika pandemik mula melanda di awal tahun 2020.

Saham rakan kongsinya di Jerman, BioNTech susut 1% pada hari Rabu, manakala saham pesaingnya Moderna mendatar.

Selepas mengaut keuntungan berbilion-bilion dolar hasil daripada penjualan vaksin Covid, Pfizer kini bergelut untuk menyakinkan para pelabur tentang potensi syarikatnya. Pfizer berharap mereka dapat menarik minat pelaburan terhadap ubat kanser, Seagen yang sedang dibangunkan.

Syarikat itu berharap Seagen mampu menjana keuntungan sejumlah $3.1 bilion untuk tahun 2024. Pfizer sebelum ini meramalkan Seagen bakal mengaut untung berjumlah $10 bilion di akhir dekad ini.

https://www.cnbc.com/2023/12/13/pfizer-forecasts-2024-revenue-below-wall-street-expectations.html

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-12-2023 10:33 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
kukukud4rttravel
Views : 1112 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1818 Replies : 0
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 15810 Replies : 31
SATURO GOJO TAVEL TIPS
saturo1gojoSATURO GOJO TAVEL TIPS
Views : 4444 Replies : 0
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59687 Replies : 35
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25404 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 10406 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.057659 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list