CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8750|Reply: 0

[Perak] Keluarga pelajar sekolah maut dilanggar layak dapat pampasan RM7,000

[Copy link]
Post time 16-12-2023 12:54 PM | Show all posts |Read mode

KHAIRUDIN (kiri) meraikan 27 kanak-kanak pada Majlis Berkhatan Beramai-Ramai Madani Parit dengan bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Parit. FOTO Muhamad Lokman Khairi

Parit: Keluarga pelajar berusia 17 tahun yang maut akibat dilanggar lari sebuah kereta berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Meru di Ipoh semalam layak menerima pampasan takaful berjumlah RM7,000.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah berkata, pampasan itu berdasarkan setiap pelajar sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) dilindungi Skim Perlindungan Murid di bawah bantuan pembelajaran iaitu Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM).

"Saya mewakili Kerajaan Perak menzahirkan rasa simpati dan salam takziah kepada keluarga mangsa dan saya percaya tindakan khusus sedang dilakukan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak.

"Pihak JPN akan menyusun dan memastikan arwah mendapat pampasan sepatutnya membabitkan manfaat perlindungan TPSM kematian akibat kemalangan berjumlah RM5,500 serta Khairat Kematian Takaful Murid sebanyak RM1,500," katanya.," katanya ketika ditemui pada Majlis Berkhatan Beramai-Ramai Madani Parit di Dewan Terbuka Ngah Sagor, di sini, hari ini.


Mengulas lanjut, Khairudin berkata, insiden itu adalah suatu yang mengejutkan tambahan lagi mangsa, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie juga calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadual pada Januari depan.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari semalam, Muhammad Zaharif Affendi meninggal dunia di tempat kejadian selepas dipercayai diseret kereta yang melanggarnya sejauh lebih lima meter.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pat-pampasan-rm7000
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.050140 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list