CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4117|Reply: 0

[Kedah] Op Carilamat lelaki dikhuatiri lemas di Tanjung Rhu diteruskan

[Copy link]
Post time 16-12-2023 11:17 AM | Show all posts |Read mode
Op Carilamat lelaki dikhuatiri lemas di Tanjung Rhu diteruskan

oleh NURUL HIDAYAH HAMID
16 Disember 2023 10:46am




Operasi Carilamat bagi mengesan seorang lelaki yang dikhuatiri lemas di Pantai Tanjung Rhu diteruskan pada Sabtu.



LANGKAWI - Operasi Carilamat seorang lelaki yang dikhuatiri lemas ketika mandi laut di Pantai Tanjung Rhu di sini diteruskan pada Sabtu.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, mangsa, Mohd Khairie Shaari, 32, dipercayai sedang mandi bersama rakannya dan tiba-tiba dikatakan hilang disyaki ditarik arus yang kuat.



Bagaimanapun, kata beliau, setakat ini petunjuk baharu belum ditemui selepas Pusat Sub Penyelamat Maritim (MRSC) Langkawi mengaktifkan Operasi Carilamat itu kira-kira jam 6.30 petang Jumaat.

"Operasi Carilamat yang diketuai MRSC Langkawi itu melibatkan beberapa agensi lain iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Langkawi, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).



"Pangkalan Hadapan Carilamat turut ditubuhkan MRSC Langkawi di Pantai Tanjung Rhu," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, Maritim Malaysia mengingatkan semua yang berhasrat melakukan aktiviti di laut agar mengambil langkah-langkah keselamatan seperti memakai jaket keselamatan, merujuk ramalan kaji cuaca, memastikan bot dalam keadaan baik dan membawa Personal Locator Beacon (PLB).

Pusat Operasi Maritim Kedah dan Perlis juga meminta orang awam untuk melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Kedah dan Perlis di talian 04-9662750.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang pekerja kedai emas yang dikhuatiri lemas sempat meminta pertolongan sebelum dilaporkan hilang ketika riadah di Pantai Tanjung Rhu di sini pada Jumaat.


Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihaknya menerima maklumat kira-kira jam 6.16 petang melalui MERS 999 daripada orang awam mengatakan ternampak kelibat orang terkapai-kapai meminta tolong di tengah laut berhampiran hujung pantai itu.



sumber



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.089274 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list