View: 1313|Reply: 12
|
Budak Lemas: Kada diperintah bayar RM113,286
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by ipin86 at 23-2-2011 22:32
Lemas: Kada diperintah bayar RM113,286 23/02/2011 8:50pm
KOTA BHARU - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) membayar RM113,286 kepada sepasang suami isteri kerana kecuaian sehingga menyebabkan anak mereka yang berusia lima tahun lemas di tali air milik Kada pada Ogos 2005.
Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim membuat keputusan itu selepas mendapati Kada bertanggungjawab sepenuhnya atas kejadian yang meragut nyawa Nursyazana, anak bongsu Fadzlil Abdul Aziz, 53, dan Saloma Yaakob, 48.
"Kada telah tidak mengambil tindakan menghalang orang ramai melalui titian berkenaan, dan kalau si mati ini merupakan orang dewasa, senarionya mungkin berubah, tetapi si kecil ini ketika kejadian tidak mengetahui apa-apa pun.
"Memang terdapat papan tanda amaran, namun papan tanda itu diletak selepas kejadian tersebut, dan Kada mendakwa ia adalah kawasan larangan yang sepatutnya tidak boleh dilalui sesiapa,” katanya.
Dalam penghakimannya, Ahmad Zaidi berkata, keterangan pakar perubatan juga mengesahkan kedua-dua plaintif, yang diwakili peguam Shaharuddin Mohamed, mengalami kemurungan serius dan terpaksa bergantung kepada ubat antikemurungan sehingga sekarang. - Bernama
****tali air tu pun patut diubahsuai.. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa ni..?? |
|
|
|
|
|
|
|
yang ko bagi anak umur 5 tahun main kat titian tuh kenapa.......... |
|
|
|
|
|
|
|
yg parent tu pun asal tak jaga anak betol2???
jgn nak salah kan orang lain |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 3# Risma
kalau ikut RM113,286 tu besar betul salah KADA.. |
|
|
|
|
|
|
|
kat mana mak bapak budak ni masa anak dia meniti?
budak 5 tahun pandai ke baca papan amaran?
kesian KADA... |
|
|
|
|
|
|
|
mak bapak yg cuai sepatutnya di humban ke dlm jail, baru ada otak sikit |
|
|
|
|
|
|
|
macam pelik je hukuman ni, patutnya mak bapak yang kena denda sebab cuai dan menyebabkan kematian anaknya |
|
|
|
|
|
|
|
isunya adalah tiada peringatan/amaran diletakkan pada sumber/tempat yang ada "hazard"..kalau kita terjatuh di dalam tandas awam pasal lantai licin, dan tiada lambang/amaran lantai licin dipasang pun kita boleh saman syarikat cleaning tu walaupun puncanya mungkin kita yang cuai. |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm....kalau dalam OSH ada disebut satu phrase nie...'due diligence'....
mungkin dlm kejadian ini mahkamah telah mendapati bahawa KADA belum buat sehabis baik lg untuk mengelakkan perkara2 yang tak diingini berlaku di 'premis' KADA.... |
|
|
|
|
|
|
|
2-2 salah. KADA salah, mak bapak dia yg dok biar ank jln2 sorg pon salah.. tp mak bapak yg bersalah ni bernasib baik sbb diorg ada loyer yg bagus, leh hujah mati2an mengalihkan kesalahan dari diri sendiri kepada org lain utk melepaskan rasa bersalah itu.......
mesti mahal kena byr loyer tuh.. berbaloi agaknya yuran guaman yg naik 400% tu. :re:
sekian pendapat saya yg tidak mengetahui keadaan sebenar sbb tidak berada di situ... hanya Allah yg tau ape sebenarnya terjadi...... |
|
|
|
|
|
|
| |
|