View: 9484|Reply: 40
|
"Allah Beri Saya 3.4 Juta Pengikut, Takkan Nak Ajak Bersenam Saja?" - Alif Satar Bangga Buat Kempen #GengSubuhMacamJumaat
[Copy link]
|
|
"Kalau solat Subuh berjemaah pun susah nak buat, jangan sembang pasal nak lawan Zionis," kata-kata seorang ustaz membuatkan Alif Satar memulakan kempen memberi galakan kepada orang ramai menunaikan solat Subuh secara berjemaah di masjid sejak hampir sebulan lalu.
Tanpa disangka, kempen dengan tanda pagar #GengSubuhMacamJumaat mendapat sambutan banyak pihak termasuk pihak universiti dengan menggunakan tanda pagar sama.
Foto: IG
Alif berkata, semuanya bermula berkait rapat dengan konflik di Gaza, Palestin ketika ini.
"Saya pergi ke kelas agama, kemudian ada orang bertanya kepada ustaz yang mengajar, bagaimana kita nak menang (melawan Zionis).
"Kemudian, ustaz itu bertanya, 'kau pergi solat Subuh tak?' Orang itu cakap, tidak sebab takut mengantuk. Ustaz itu cakap, kalau mengantuk pun takut, nak sembang pasal lawan Zionis? Kena betulkan yang itu dulu.
"Ada hadis Rasulullah SAW mengatakan, sungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik ialah solat Isyak dan Subuh. Jika mereka mengetahui pahala yang terdapat pada keduanya nescaya mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak.
"Terus, saya rasa 'tertembak'," katanya kepada Harian Metro.
Alif berkata, teguran itu umpama membawa satu pandangan baru buatnya di mana dia ingin meluruskan jalan amalannya.
"Saya fikir, sudahlah saya baru balik dari menunaikan haji. Saya selalu suruh orang pergi bersenam jam 5.30 pagi, kemudian barulah pergi menunaikan solat Subuh.
"Kenapa saya tak betulkan keutamaan saya sendiri? Saya rasa, misi saya pun salah. Rupa-rupanya saya kena luruskan dulu diri saya dan semua perkara akan ikut lurus di jalan yang betul," katanya.
Alif berkata, dia tidak pernah untuk membuat kempen atau gerakan, tetapi cuma mahu mengubah dirinya dan dia tidak mahu menjadi munafik.
"Saya lantang bersuara mengenai solidariti dan sebagainya, tapi benda yang patut diutamakan (solat Subuh berjemaah di masjid), saya tak buat pula. Itu yang buatkan saya rasa saya perlu bertindak," katanya.
Siapa sangka, aktivitinya itu mula mendapat sambutan sehingga ada komuniti-komuniti kecil yang turut menunjukkan sokongan mereka.
"Saya rasa sangat bersyukur apabila dapat menggunakan platform yang saya ada. Saya seru orang yang sebelum ini mengikut saya bersenam untuk bertukar sedikit dan kita solat Subuh berjemaah terlebih dahulu.
"Selepas itu, orang dah mula 'tag' saya di media sosial. Benda ini (solat Subuh berjemaah di masjid) sebenarnya, dah ramai pun buat, malah lagi awal dari saya," katanya.
Mencabar diri untuk beristiqomah, Alif berkata, dia menyeru orang ramai berjemaah Subuh di masjid di kawasan masing-masing.
Buat masa ini, Alif menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid kawasan tempat tinggalnya selain turut merancang untuk pergi ke masjid-masjid lain dan mengajak orang ramai.
"Nak istiqomah itu yang agak mencabar. Tapi, kita kena buat untuk diri kita sendiri. Alhamdulillah, saya dapat sokongan juga daripada komuniti di masjid. Malah, ada rakan-rakan artis lain juga yang ingin turut serta.
"Selalunya, satu saf saja, sekarang dah jadi dua saf. Ada peningkatan. Ada sekali di hujung minggu saya ajak orang-orang yang turut serta untuk berjumpa di masjid.
"Selepas itu, orang di masjid maklumkan, malam sebelum itu pun dah ada orang yang tidur di masjid menunggu waktu Subuh," katanya.
Alif berkata, dia akan terus menggunakan platform media sosialnya ke arah kebaikan.
"Kadang-kadang, kita diberikan pengikut, dan disertakan dengan tanggungjawab. Saya pun takut, kalau esok Allah nak soal, dia dah berikan 3.4 juta pengikut sekadar untuk ajak bersenam saja?" katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus. teruskan usaha murni tu. alah bisa tegal biasa. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus Alif. Semoga ko terus lurus di jalan yang benar. |
|
|
|
|
|
|
|
Untung follower ramai ni.nk buat pahala senang..nak buat dosa pon senang.. |
|
|
|
|
|
|
|
good job bang...teruskannnnnnn |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi serious,aku muak tgk muka ko.balik2 ko balik2 ko
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus la ajak peminat ke arah kebaikan..teruskan… |
|
|
|
|
|
|
|
Usaha yang bagus baru betul gunakan follower ramai yg dia ada utk tingkatkan kesedaran. Kalau tak mulakan bila lagi kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga terus membawa pengaruh yg baik kpd masyarakat. Harap tahun depan dpt menang anugerah artis popular. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah
semoga istiqomah |
|
|
|
|
|
|
|
amyfaha: Tapi serious,aku muak tgk muka ko.balik2 ko balik2 ko
hidup ikut rasa. binasa.
kawalan diri. sabar. takda.
yang penting ikut rassa. mudah hidup.
manusia toksik. |
|
|
|
|
|
|
|
amyfaha replied at 15-12-2023 07:47 PM
Tapi serious,aku muak tgk muka ko.balik2 ko balik2 ko
Kau dah kenapa |
|
|
|
|
|
|
|
amyfaha replied at 15-12-2023 07:47 PM
Tapi serious,aku muak tgk muka ko.balik2 ko balik2 ko
ni jenis dengki tengok timeline orang dia sakit hati
sejenis acik bawang mulut terjuih duk mengata orang |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah...semoga istiqomah. |
|
|
|
|
|
|
|
Td ceramah kazim elias dia sebut pasal artis buat tag subuh mcm jumaat tu.dia tak sebut nama tp dia puji la niat murni alip.
Alip yg paling berguna aku kenal di kalangan retis/pempengaruh. |
|
|
|
|
|
|
|
Alif yg paling bermanfaat di kalangan artis dan influencer. Teruskan Alif...
Aku suka cara dia jwb tu, tak poyo dan bkn jenis sembang kari. Dia akui kekhilafan dia yg ajak bersenam instead of ajak solat subuh berjemaah dulu baru bersenam.
Pelik aku ada forumer yg menyampah dgn muka alif kat atas tu....Ada lg ek org yg sejenis menyampah tgk muka org yg takde kena mengena dgn dia?
Kalau menyampah tgk muka kak km tu kita pahamlah... |
|
|
|
|
|
|
|
okla gune pengaruh yg ade utk sebar kebaikan, cume nak tny mase movie pulau keluar dia ade kene kecam sekali ke tak? tibe teringat movie tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|