CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5481|Reply: 0

[Kedah] Dr. Kafein jadi pilihan penggemar kopi

[Copy link]
Post time 15-12-2023 09:46 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 15-12-2023 09:49 AM

Dr. Kafein jadi pilihan penggemar kopi

Oleh ROSHILA MURNI ROSLI15 Disember 2023 09:30am



Muhammad Asyraf (kiri) menunjukkan tumbler jenama Dr. Kafien.





Muhamad Syirazi menunjukkan mesin menguli doh untuk membuat roti burger.














































GURUN - Walaupun hanya beroperasi di sebuah kabin kecil di jalan utama Gurun - Sungai Petani, ia tidak pernah menjadi halangan Dr Kafein menjadi popular dalam kalangan pencinta kopi.

Dr. Kafein, kedai kopi yang telah beroperasi sejak Mei lalu diusahakan oleh Muhammad Asyraf Azharuddin, 28, yang juga seorang penggemar kopi.



Ketika ditemui di Dr. Kafein di sini baru-baru ini, beliau menyatakan hasil jualannya sejak tujuh bulan beroperasi telah mencecah sekitar RM20,000 sebulan.

"Sebelum buka Dr. Kafein ini, saya mengusahakan sebuah kedai kopi di Alor Setar bersama rakan-rakan. Kemudiannya, saya berhasrat membesarkan lagi perniagaan dan membuka Dr. Kafein ini," katanya kepada Sinar Harian.



Menceritakan pengalamannya berjinak dalam perniagaan kopi, Muhammad Asyraf menyatakan mempelajari ilmu penyediaan kopi atau barista menerusi program Yayasan PETRONAS empowerNCER yang merupakan salah satu inisiatif di bawah program Memampankan Ekonomi Asas Rakyat (MEKAR) untuk menyediakan latihan kemahiran dan keusahawanan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).


Muhammad Asyraf menunjukkan aneka menu kopi Dr. Kafein yang dijual kepada pelanggan.




"Dalam program Yayasan PETRONAS empowerNCER, saya mengambil kursus barista dan saya diajar semua perkara dalam bidang itu.

“Sebenarnya, memang sejak awal saya berazam hendak sertai program ini sebab saya tahu modul latihan yang diajar itu kalau di luar sana, yurannya mencecah ribuan ringgit,” jelasnya.


Tambahnya lagi, sepanjang mengikuti program Yayasan PETRONAS empowerNCER dia tidak pernah gagal menghadiri kelas yang dijalankan seminggu sekali selama tempoh enam bulan.

“Saya sentiasa hadir ikuti kelas kerana saya tidak mahu ketinggalan ilmu yang diajar," ujar anak kelahiran Langkawi itu yang telah memiliki dua orang cahaya mata.

Selain itu, katanya, untuk menambah baik perniagaan sedia ada, Yayasan PETRONAS turut memberi peluang kepadanya untuk menyertai program BeSEMART.



“Sebelum ini, program Yayasan PETRONAS empowerNCER adalah pencetus kepada perniagaan kopi ini, manakala BeSEMART pula membantu saya untuk memastikan operasi perniagaan lebih cekap sekali gus membuka lebih banyak potensi serta peluang,” katanya.

“Antara kelebihan menerusi BeSEMART ini, saya dapat melihat semua operasi termasuk kewangan perniagaan. Contohnya, data tentang jualan yang membolehkan saya untuk tahu sekiranya saya perlu tambah pekerja pada hari tertentu atau inventori yang diperlukan," jelasnya.

Inovasi


Kabin kecil Dr Kafein milik Muhammad Asyraf menjana hasil jualan sekitar RM20,000 sebulan.





Dalam pada itu, Muhammad Asyraf turut membuat penyelidikan dan pembangunan (R&D) sendiri bagi meningkatkan kualiti serta mencipta citarasa unik khusus untuk pelanggannya.

Katanya, ketika ini terdapat lebih 70 minuman jenis kopi dan bukan kopi untuk dipilih oleh pelanggan di Dr. Kafein dengan pelbagai nama yang unik.

"Sebenarnya saya bukan sahaja menjual kopi, tetapi saya juga mahu berkongsi ilmu mengenai kopi kepada pelanggan supaya mereka juga dapat menimba ilmu tentang kopi," katanya.

Tambahnya lagi, di Dr. Kafein, terdapat tiga jenis kopi yang menjadi pilihan pelanggannya iaitu Dos Pecinta, Asian Dolce Latte dan Dos Penggalak.

Setiap jenis kopi ini menurutnya mempunyai keunikan tersendiri dan ada pelanggannya datang dari pelbagai tempat hanya untuk merasai kopi di Dr. Kafein.

Malah, ada pelanggan yang menyatakan minat untuk membuka cawangan francais kopinya kerana bagi mereka, konsep yang diketengahkan di Dr. Kafein sangat praktikal dan menarik.

“Kebanyakan pelanggan datang dari Kuala Lumpur, Johor, Perlis dan Kelantan. Bagaimanapun, saya masih melengkapkan diri dengan pengetahuan mengenai bidang francais sebelum memikirkan untuk melangkah kepada perniagaan itu,” ujarnya.

Ibu jadi inspirasi Muhammad Syirazi jadi usahawan roti burger


Muhamad Syirazi hasil produk roti burger yang dihasilkan di premisnya di Jalan Jenun, Pendang, Kedah.





PENDANG - Berkat ibu yang tidak pernah putus memberi semangat dan inspirasi, Muhamad Syirazi Sharif, 27, kini berjaya menjadi seorang usahawan dalam pembuatan roti burger.

Anak bongsu daripada lima beradik itu berkata, dia memulakan perniagaan pada Januari 2022 dengan menjual roti manis dengan menghantar ke kedai- kedai runcit dan vendor di kawasan setempat.

Bagaimanapun, perniagaannya ketika itu tidak begitu mendapat sambutan sehingga dia memutuskan untuk memulakan perniagaan roti burger di Jalan Jenun, di sini.

"Saya cuba buat (roti burger) dan jual melalui Facebook. Namun, pendapatan saya peroleh ketika itu hanyalah RM50 sebulan dan tidak mencukupi.

“Akan tetapi saya tidak patah semangat dan cuba buat pemasaran menerusi video dan tetapkan sasaran pelanggan saya. Saya kongsi dalam Grup Burger Malaysia menerusi Facebook.

“Bermula dari itu, perniagaan roti burger saya mula berkembang dengan baik. Saya mula berani untuk memasarkan produk roti burger saya ke pelbagai lokasi dan pasaran yang lain,” katanya kepada Sinar Harian di sini baru-baru ini.


Tambah Muhamad Syirazi, ketika ini produk roti burger yang dihasilkannya menggunakan jenama Bread Mansion.

Sistematik
Bagaimanapun, beliau mengakui meskipun perniagaan berkembang, namun pengurusan perniagaannya masih belum sistematik.

Ekoran daripada itu, beliau menyertai program BeSEMART, iaitu program untuk memperkasakan peniaga dengan perkara berkaitan literasi kewangan seterusnya membantu hala tuju perniagaan. Program BeSEMART merupakan program di bawah anjuran Perusahaan Sosial, Niagable dan dibiayai oleh Yayasan PETRONAS.

"Dalam kursus ini, pelbagai ilmu saya belajar termasuk cara penyimpanan bil dan kira-kira. Selain itu, terdapat juga pemantauan daripada Niagable selama sembilan bulan," katanya.

Jelas Muhamad Syirazi, kursus tersebut turut memperkenalkannya dengan peranti Dashboard Semart untuk mengurus pesanan dan perbelanjaan.


Muhamad Syirazi (kiri) melihat pekerjanya menguli tepung untuk pembuatan roti burger.





"Ia lebih mudah, contohnya kalau ada pesanan masuk walaupun dalam kereta saya boleh rekodkan pesanan, tidak perlu buka komputer riba dah macam dulu,” ujarnya yang juga graduan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu.

Pada masa sama, Muhamad Syirazi turut menyertai program Yayasan PETRONAS empowerNCER yang merupakan salah satu inisiatif di bawah program Memampankan Ekonomi Asas Rakyat (MEKAR) yang menyediakan latihan kemahiran dan keusahawanan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dalam bidang fermentasi.

“Program Yayasan PETRONAS empowerNCER ini saya sertai pada Jun 2022 selama enam minggu dan dipantau selama enam bulan oleh kakitangan program berkenaan," katanya.

Ujarnya, pelbagai ilmu pembuatan makanan termasuk resipi-resipi diajar dalam kursus terbabit.

"Dari situ saya belajar untuk olah resipi roti dan ia membantu saya di masa hadapan kerana saya bercadang untuk mengembangkan perniagaan dengan membuka kiosk burger," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Masyarakat mudah tertipu dengan lelaki segak
maklukpenggodaMasyarakat mudah tertipu dengan lelaki s
Views : 20410 Replies : 141
Pedas Malaya vs Pedas Sarawak
YgBenarPedas Malaya vs Pedas Sarawak
Views : 25928 Replies : 13
Lelaki panas hati ibubapa bukan sahaja drop anak depan sekolah tapi layan kerenah anak dan beri segala motivasi sebabkan 'q' depan sekolah jadi panjang
YgBenarLelaki panas hati ibubapa bukan sahaja d
Views : 12977 Replies : 29
Pakcik berkopiah hidap sakit jantung mengaku tak salah tipu tanah rizab Melayu seluas 649.2 hektar
mojarean_XPakcik berkopiah hidap sakit jantung men
Views : 6827 Replies : 77
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 88360 Replies : 2831
All about Ben Amir : Benomena Vol3
NekNgahAll about Ben Amir : Benomena Vol3
Views : 98757 Replies : 1536
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 56098 Replies : 2803
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 20830 Replies : 421
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 22393 Replies : 139

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.058275 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list