CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17036|Reply: 16

[Politik] Bila liPAS menunggang agama

  [Copy link]
Post time 15-12-2023 02:41 AM | Show all posts |Read mode
Edited by pengecattaik at 23-12-2023 09:08 AM



TIMBALAN Pengerusi Majlis Ulama Umno, Datuk Khairuddin Aman Razali memetik hadis yang menyebut mengenai dosa besar bagi individu menggelar Muslim lain sebagai munafik.

Beliau merujuk kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyamakan Pakatan Harapan (PH) dengan golongan munafik zaman Rasul SAW.

“Gelar-menggelar sesama Muslim dengan gelaran munafik dan fasik jelas merupakan dosa besar sebagaimana disebut oleh Ibnu Hajar al-Haitami (909-974 H) dalam al-Zawajir ‘an iqtiraf al-Kaba’ir.

“Begitu juga kata Qatadah (hidup 21-104 H): janganlah kamu berkata kepada saudaramu yang Muslim; orang itu fasik, orang itu munafik.

“Saya menyarankan presiden PAS kembali merujuk buku tafsir Surah al-Hujurat yang beliau hasilkan dan menjadi sukatan usrah PAS,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Kelmarin Abdul Hadi menerusi artikel Minda Presiden PAS  mendakwa kerajaan khususnya PH, bersikap munafik dengan mengguna pakai konsep demokrasi yang diamalkan oleh Israel terhadap Hamas di Palestin.

Abdul Hadi membandingkan PKR dengan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang menurutnya sebuah kumpulan minoriti yang diberi hak menubuhkan kerajaan dan menjadi boneka Israel dan Amerika Syarikat.

Sementara itu, Khairuddin yang juga bekas setiausaha Dewan Ulama PAS berkata perbuatan PAS mencipta persepsi adalah perangai orang munafik di zaman baginda Rasul.

“Ulasan saya, mencipta persepsi adalah perangai munafik zaman Nabi yang mencipta persepi terhadap Aisyah (r.ah), isteri Nabi (saw) kononnya berzina hingga ada umat Islam terpengaruh lalu menuduh secara terbuka Aisyah berzina sehingga turun beberapa ayat dalam surah al-Nuur.

“Adakah persepsi-persepsi yang cuba dibina oleh Presiden PAS terhadap Kerajaan Perpaduan meniru perlakuan munafik zaman Nabi?,” Soalnya.

Khairuddin turut menggesa Majlis Syura Ulamak PAS supaya menegur tindakan perbuatan presiden PAS itu yang jelas bertentangan dengan akhlak Islam.-





Multiple Polls: ( Max 3 choices ), Total 21 Users voted

Count down: 229 Days12 Hours5 min.

Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2023 03:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Zahid kata Pas giler talak nak ajak umno berbaik dgn Pas...so boleh add perangai giler talak tu dalam thread ni. Giler Talak...Penunggang...Mengkafirkan orang...Munafik...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 06:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Khairudin? Hahaha
Biar hilang nyawa tp jgn hilang kepercayaan Dr masyarakat.

Org yg da hilang kepercayaan umpama bangkai bernyawa yg mereput. Means x blh buat apa dah, x Leh pakai.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Puncanya adalah ahli politik tua dalam pas terutamanya hadi awang. Dia ni juga yang pecahbelahkan orang melayu di terengganu dan kelantan dahulu. Kena tunggu pupus puak tua ni dulu,bagi kepada pemimpin muda yang lebih waras otak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 08:25 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 11:31 AM | Show all posts
sebab mereka terpalin beragama..org lain semua salah, mereka je betul..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2023 11:35 AM | Show all posts
tetapi, dlm alquran ckp, sesiapa menyokong yahudi adalah kapir...walaupun dgn sekelumit hati
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 15-12-2023 11:35 AM
tetapi, dlm alquran ckp, sesiapa menyokong yahudi adalah kapir...walaupun dgn sekelumit hati

Boleh bagi ayatnye.. nk baca.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2023 11:50 AM | Show all posts
haluz replied at 15-12-2023 11:44 AM
Boleh bagi ayatnye.. nk baca.

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا تَتَوَلَّوۡا۟ قَوۡمًا غَضِبَ ٱللَّهُ عَلَیۡهِمۡ قَدۡ یَىِٕسُوا۟ مِنَ ٱلۡـَٔاخِرَةِ كَمَا یَىِٕسَ ٱلۡكُفَّارُ مِنۡ أَصۡحَـٰبِ ٱلۡقُبُورِ
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan teman rapat mana-mana kaum yang dimurkai Allah, mereka telah berputus asa daripada mendapat kebaikan akhirat, sebagaimana berputus asanya orang-orang kafir yang ada di dalam kubur”. (Al-Mumtahanah: 13)
Majoriti ulama menyebut bahawa golongan yang dimurkai Allah ialah Yahudi yang merubah ajaran Allah SWT dan kekal di atas ajaran yang telah diseleweng tersebut. Golongan yang mengetahui kebenaran akan tetapi menolak kebenaran itu juga termasuk dalam kalangan orang yang dimurkai Allah sebagaimana dinyatakan dalam banyak kitab tafsir.

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 15-12-2023 11:50 AM
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا تَتَوَلَّوۡا ...

Mana ada ayat tu menghukum kafir seperti mana yg akak tulis di atas.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 11:55 AM | Show all posts
haluz replied at 15-12-2023 11:54 AM
Mana ada ayat tu menghukum kafir seperti mana yg akak tulis di atas.

jgn baca ayat shj, kena baca tafsir juga
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 15-12-2023 11:55 AM
jgn baca ayat shj, kena baca tafsir juga

Dlm tafsir tu pun takde pulak menghukum seperti yg akak tuduhkan. Maaf klu sy salah faham.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 12:09 PM | Show all posts
haluz replied at 15-12-2023 12:02 PM
Dlm tafsir tu pun takde pulak menghukum seperti yg akak tuduhkan. Maaf klu sy salah faham.

sesiapa yg menyokong kaum yg menyekutukan tuhan dianggap kapir juga...jelas di sini adalah bani yahudi israel
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayat tu seperti melarang utk kita jadikan org2 yg dimurkai Allah sebagai kawan rapat  je. Bukan la bila kita berkawan atau ada sekelumit simpati pd kaum yahudi terus kita pun dihukum kafir sekali. (Yahudi di sini tak bermaksud negara Israiel ye )
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 11:28 AM | Show all posts
Pengidap..kena rehab la kan
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 12:48 PM | Show all posts
terus menghukum kapir.. takpa lah yg penting konpiden, walau dlm tapsiran pon tak langsung sebut word kapir. yg ada "dimurkali allah" , tak semestinya org tu terus jatuh kapir, org islam pon sendiri pon boleh menyebabkan dirinya dimurkai allah dlm pelbagai perbuatan selain jadi kapir
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2023 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 15-12-2023 12:09 PM
sesiapa yg menyokong kaum yg menyekutukan tuhan dianggap kapir juga...jelas di sini adalah bani ya ...

Klu kat negara muslim minoriti mcm di US atau eropah, bolehkah org Islam pilih org bangsa Yahudi atau yg beragama kristian sebgi pemimpin mereka?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.071054 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list