CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26809|Reply: 0

[Perlis] Bukan Islam dibenar adakan sambutan ambang tahun baru di rumah ibadat

[Copy link]
Post time 14-12-2023 05:58 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Shukri ketika Mesyuarat Keempat, Penggal Persidangan Pertama, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ke-15. FOTO Ihsan Jabatan Penerangan Perlis

Kangar: Kerajaan negeri Perlis tidak menghalang mana-mana kumpulan atau individu bukan Islam yang mahu mengadakan sambutan ambang Tahun Baru 2024 di rumah ibadat masing-masing.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, walaupun kerajaan negeri bersetuju untuk tidak mengadakan sebarang program hiburan termasuk nyanyian dan tarian ketika sambutan ambang tahun baharu, tetapi tiada masalah untuk kumpulan atau individu bukan Islam untuk meneruskan sambutan dalam skala kecil.

"Kita tiada halangan jika masyarakat bukan Islam mahu mengadakan sambutan itu di tempat tertutup seperti di rumah ibadat masing-masing, tetapi hendaklah dalam skala kecil serta tidak begitu melampau sambutannya.

"Namun pendirian kita tetap sama bahawa tiada sebarang program hiburan termasuk nyanyian dan tarian yang melalaikan, dan termasuk penganjuran konsert (Amazing Perlis New Year's Eve 2024 Countdown Fiesta) yang akan diadakan di Tasoh Lake Resort, Beseri di Padang Besar pada malam 31 Disember itu nanti," katanya.



Beliau ditemui pemberita selepas Mesyuarat Keempat, Penggal Persidangan Pertama, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ke-15 di Kompleks DUN Perlis, di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya, acara lain seperti jualan, ekspo dan karnival memancing termasuk acara street soccer yang dijadualkan berlangsung bersama konsert itu masih dibenarkan untuk dilaksanakan.

"Kita (kerajaan negeri) tetap mengadakan pengisian pada malam ambang Tahun Baru 2024 berbentuk keagamaan dan kemanusiaan termasuk ceramah 'Aid4Palestine' yang akan berlangsung bermula jam 6.30 petang hingga 12 tengah malam di Dewan 2020, Kangar.

"Ia bermula dengan solat Maghrib diikuti bicara sempena Tahun Baru, solat Isyak serta ceramah berkaitan Palestin yang dihadiri Pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) Aid4Palestine, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin," katanya.

Mohd Shukri berkata, program itu turut menampilkan persembahan nasyid oleh pelajar dari seluruh Perlis.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... aru-di-rumah-ibadat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:18 PM GMT+8 , Processed in 0.093647 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list