CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9053|Reply: 0

[Perak] Kastam Perak rampas rokok, arak seludup hampir RM1 juta

[Copy link]
Post time 14-12-2023 10:21 AM | Show all posts |Read mode

Abdul Ghafar (tengah) menunjukkan rokok dan arak seludup yang dirampas dalam tiga serbuan berasingan di Perak dan Johor, minggu lalu.

IPOH – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak merampas 1.3 juta batang rokok putih dan kretek serta 1,859 liter minuman keras seludup dengan nilai cukai keseluruhan berjumlah RM950,000 dalam tiga serbuan berasingan di Perak dan Johor, minggu lalu.

Dalam operasi tersebut, tiga lelaki warga tempatan berusia 22, 34 dan 46 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Pengarah Kastam negeri, Datuk Abdul Ghafar Mohamad berkata, operasi pertama dijalankan pada 4 Disember lalu pukul 9.20 malam di sebuah kediaman tidak berpenghuni di Chemor menemukan 646,800 batang rokok putih dan kretek pelbagai jenama.

“Rampasan barang disyaki belum lulus kastam itu melibatkan nilai cukai sebanyak RM420,940.40. Usaha sedang dijalankan bagi mengesan pemilik premis berkenaan untuk membantu siasatan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, rampasan kedua dijalankan di Gopeng pada pukul 5 petang, 6 Disember lalu oleh anggota penguatkuasa Cawangan JKDM Stesen Pengkalan Hulu melibatkan rampasan minuman keras dengan nilai cukai berjumlah RM57,276.08.

“Serbuan juga dijalankan di Johor Bahru pada pukul 10.30 pagi, 7 Disember lalu di sebuah kediaman di mana anggota telah merampas 701,000 batang rokok putih dan kretek pelbagai jenama dengan anggaran nilai cukai RM469,802.40. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... up-hampir-rm1-juta/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.354776 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list