CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11830|Reply: 0

[Perlis] YB Kota Siputeh cedera dalam kemalangan

[Copy link]
Post time 13-12-2023 03:34 PM | Show all posts |Read mode

Perodua Aruz yang dipandu oleh ADUN Kota Siputeh terbabas memasuki longkang. FOTO IHSAN PDRM

Arau: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir cedera selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Padang Chempa-Changlun, di Pauh, di sini semalam.

Dalam kejadian jam 9.05 malam itu, ahli politik berusia 37 tahun itu sedang memandu menuju ke arah Arau.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, semasa kereta mangsa melalui Jalan Ulu Pauh-Arau, mangsa terlanggar sisi sebuah lori dari jenis Mitsubishi Fuso.

"Ketika melewati lokasi kejadian, mangsa terlanggar sebuah lori yang di parkir di kaki lima jalan dalam kedudukan melintang ke kaki lima di kiri jalan.



"Oleh kerana jarak sudah terlalu dekat, mangsa gagal mengelak menyebabkan mangsa terlanggar terlanggar bahagian sisi kiri belakang lori itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, kejadian itu menyebabkan kereta mangsa terbabas sebelum memasuki ke dalam longkang denai di kaki lima jalan sebelah kiri.

"Mohd Ashraf mengalami kecederaan luka ringan di bahagian mulut manakala pemandu lori berusia 66 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Mangsa kemudian dibawa dan dirawat di Hospital Pakar KPJ Perlis kerana mengadu pening kepala," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ra-dalam-kemalangan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.095298 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list