CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6082|Reply: 0

[Perlis] Perlis optimis keluarkan beras sendiri

[Copy link]
Post time 13-12-2023 02:29 PM | Show all posts |Read mode

RAZALI pada Mesyuarat Keempat, Penggal Persidangan Pertama, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ke-15 di Kompleks DUN Perlis. FOTO Aizat Sharif

Kangar: Perlis optimis mampu mengeluarkan beras keluarannya sendiri dalam tempoh tiga hingga empat bulan lagi.

Exco Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan Negeri Perlis, Razali Saad berkata, bagi tuaian pada musim ini, pihaknya sudah memberi mandat kepada agensi Padiberas Nasional Berhad (Bernas) untuk membeli padi di Perlis.

"Kita (kerajaan negeri) akan ambil daripada Bernas untuk kita proses jadi beras Perlis namun tiada sasaran khusus bagi pengeluaran beras berkenaan.

"Kita tiada sasaran khusus kerana bergantung sepenuhnya kepada BERNAS manakala petani pula mempunyai pilihan dengan menjualnya kepada kilang swasta dimana kilang induk beras ini banyak terdapat di Kedah dan padi kita (Perlis) banyak di bawa ke Kedah," katanya ketika ditemui selepas sesi soal jawab lisan pada Mesyuarat Keempat, Penggal Persidangan Pertama, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ke-15 di Kompleks DUN Perlis, di sini hari ini.



Katanya, pihaknya sedang bekerjasama dengan agensi Seksyen Kawalselia Padi dan Beras menerusi perbincangan yang diadakan dalam mengehadkan pengeluaran padi ini ke Kedah.

"Permasalahan yang wujud adalah apabila padi ini dibawa ke Kedah untuk dipek dan perkembangan ini menyebabkan kekangan dari segi usaha untuk mengeluarkan Beras Perlis.

"Saya sudah bertemu dengan Pengarah Seksyen Kawalselia Padi dan Beras di Putrajaya dan insya-Allah saya melihat ada respon yang baik diberikan dalam menjalinkan kerjasama dalam usaha ini.

"Jadi dalam hal ini, kita optimis dalam tempoh tiga atau empat bulan lagi, beras Perlis mampu dikeluarkan oleh kita sendiri," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... arkan-beras-sendiri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.052668 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list