CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2053|Reply: 0

[Perak] ‘Bekalan kurang bukan salah kerajaan terdahulu, ia punca beras import murah’

[Copy link]
Post time 13-12-2023 11:47 AM | Show all posts |Read mode

Mohamad (dua dari kanan) merasmikan majlis penutup Hari Keusahawanan dan Korikulum di Maahad Al-Ehya Assariff Gunung Semanggol di Bagan Serai semalam. - Foto WAT KAMAL ABAS

BAGAN SERAI – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan memberi jaminan bahawa keutamaan mereka ketika ini adalah untuk mempercukupkan bekalan beras dalam pasaran.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pihaknya memberi jaminan akan menambah baik kementeriannya selepas berlaku rombakan kabinet semalam.

“Fokus kementerian kita ialah memastikan makanan asasi utama iaitu beras mencukupi terutamanya beras tempatan.

“Masalah kekurangan bekalan beras pada masa ini bukanlah disebabkan kerajaan terdahulu tetapi disebabkan beras import lebih murah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Hari Keusahawanan dan Korikulum di Maahad Al-Ehya Assariff di Gunung Semanggol di sini semalam.

Menurutnya, apabila dunia sudah mula menyekat bekalan beras import maka kementeriannya memberikan tumpuan sepenuhnya kepada beras tempatan.

“Jika bercakap tentang harga, negara kita adalah negara yang menawarkan harga beras paling murah di Asia. Minyak masak kita juga merupakan yang termurah di dunia,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohamad menegaskan tiada sebarang peruntukan undang-undang di bawah bidang kuasa Jabatan Pertanian untuk menghalang penggunaan baja tinja ayam dalam projek pertanian.

Jelasnya, undang-undang yang berkaitan gangguan bau di kawasan perumahan dikawal di bawah Seksyen 2 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

“Dalam hal ini, Jabatan Pertanian tidak menggalakkan penggunaan tinja ayam disebabkan atas beberapa faktor termasuk berbau busuk, menarik lalat, berpotensi menyebabkan melecur sekiranya bersentuhan dengan tanaman dan boleh menyebabkan jangkitan penyakit kepada manusia,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... beras-import-murah/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.275705 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list