CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11396|Reply: 0

[Sarawak] Fadillah dilantik Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam

[Copy link]
Post time 12-12-2023 01:03 PM | Show all posts |Read mode


Datuk Seri Fadillah Yusof

KUCHING: Penstrukturan semula Kabinet Kerajaan Perpaduan hari ini menyaksikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof memegang peranan baru sebagai Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam.

Diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, kementerian baharu yang ditubuhkan ini adalah pemisahan bidang tugas daripada kementerian Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) sebelum ini.

Dalam kementerian baharu ini, Fadillah juga diberi tanggungjawab untuk menguruskan hal ehwal Sabah dan Sarawak.

Sebelum ini, Fadillah memegang portfolio sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi dan kini Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengisi kekosongan itu.

Semua menteri yang terbabit dengan rombakan Kabinet itu dijadualkan mengangkat sumpah jawatan dan simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Majlis Penyerahan Surat Cara Pelantikan dan Majlis Angkat Sumpah Menteri-Menteri Persekutuan di Istana Negara pada pukul 2.30 petang ini.

Ketika Kabinet Kerajaan Perpaduan dilengkapkan penubuhannya pada Disember tahun lalu, ia mempunyai terdiri daripada 28 menteri dan 27 timbalan menteri termasuk dua Timbalan Perdana Menteri.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.059875 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list