CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8511|Reply: 0

[Perak] Nenek maut hantar cucu ke tadika

[Copy link]
Post time 12-12-2023 12:56 PM | Show all posts |Read mode

SEORANG wanita maut ketika dalam perjalanan untuk menghantar cucunya ke tadika dalam nahas membabitkan kereta dengan sebuah motosikal di Kampung Changkat Kinding, Tanjung Rambutan. FOTO Ihsan JBPM Perak

Ipoh: Seorang wanita maut ketika dalam perjalanan untuk menghantar cucunya ke tadika dalam nahas membabitkan kereta dengan sebuah motosikal di Kampung Changkat Kinding, Tanjung Rambutan, di sini pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, nahas sekitar jam 7.15 pagi tadi mengakibatkan wanita berumur 59 tahun yang memandu Perodua Viva, disahkan maut di lokasi kejadian.

Menurutnya, penunggang motosikal yang terbabit dalam nahas itu iaitu seorang remaja lelaki berumur 17 tahun mengalami kecederaan parah.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun digerakkan ke lokasi sebaik panggilan diterima melalui Pusat Gerakan Operasi (PGO) jam 7.17 pagi tadi.



Katanya, ketibaan bomba mendapati wanita berkenaan dalam keadaan tersepit di tempat duduk pemandu Perodua Viva, manakala remaja yang menunggang motosikal cedera parah.

"Wanita itu tersepit dan meninggal dunia di dalam kereta berkenaan. Turut berada dalam kereta sama ketika itu adalah seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun namun kanak-kanak berkenaan tidak mengalami kecederaan tetapi dirujuk juga untuk pemeriksaan lanjut.

"Berdasarkan maklumat, pemandu dan kanak-kanak itu dalam perjalanan ke tadika atau sekolah dan hubungan antara mereka adalah nenek dan cucu," katanya dalam kenyataan pagi ini.

Menurutnya, mangsa yang cedera dibawa ke hospital manakala yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ntar-cucu-ke-tadika
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Harry-Meghan kantoi lagi
manopHarry-Meghan kantoi lagi
Views : 9687 Replies : 1
Pelacur kelas Atasan
chipmunk2024Pelacur kelas Atasan
Views : 33100 Replies : 90
Ilisha Ameera in a photo series.
grUdgE-frEakIlisha Ameera in a photo series.
Views : 39754 Replies : 76
Edisi ludah2 pada telefon!! : Apa cerita bekas adik ipar kok ping luah perasaan spill tea di IGStory?
QatrunnadaainEdisi ludah2 pada telefon!! : Apa cerita
Views : 41528 Replies : 196
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 177751 Replies : 1682
Pelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada Simpanan RM100,000 jika hendak sambung belajar di Australia
YgBenarPelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada
Views : 23732 Replies : 93
Walaun, tak buat lawak tak sah!
pengecattaikWalaun, tak buat lawak tak sah!
Views : 7677 Replies : 1
Nikah di Arab Saudi dan Selepas 7 tahun,Nurulhidayah Ahmad Zahid   lega pernikahan disahkan kerajaan Malaysia
YgBenarNikah di Arab Saudi dan Selepas 7 tahun,
Views : 11079 Replies : 3
Menunggu cinta tuhan
maklukpenggodaMenunggu cinta tuhan
Views : 11540 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.386929 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list